s 3 Issuance and requirement for registration of schemes
(1) No person except a management company may issue or offer to the public for the subscription or purchase of or invite the public to subscribe for or purchase any interest.
(2) No person shall—
(a) issue or cause to be issued any advertisement inviting any person to become participants in a scheme, or offering any person to become participants in a scheme, or containing information calculated to lead directly or indirectly any person to become participants in a scheme, or containing an offer to become participants in a scheme; or
(b) advise or procure any person to become or offer any person to become a participant in the scheme,
unless the scheme is registered and authorized under this Act.
(3) Any person who contravenes this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or a fine not exceeding fifty million ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Pengeluaran dan kehendak bagi pendaftaran skim
(1) Tiada seorang pun kecuali suatu syarikat pengurusan boleh mengeluarkan atau menawarkan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli atau mempelawa orang awam untuk melanggan atau membeli apa-apa kepentingan.
(2) Tiada seorang pun boleh—
(a) mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan apa-apa iklan yang mempelawa mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi maklumat yang dikira membawa secara langsung atau tidak langsung mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi suatu tawaran untuk menjadi peserta dalam suatu skim; atau
(b) menasihati atau memperoleh mana-mana orang untuk menjadi atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim itu,
melainkan jika skim itu didaftarkan dan dibenarkan di bawah Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).