My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 2

Interest Schemes Act 2016 s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “advertisement” means the disseminating or conveying of information, invitation or solicitation by any means or in any form including oral and written communication by means of print, electronic and any other media; “approved accounting standards” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016 [Act 777]; “approved company auditor” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016; “Commission” means the Companies Commission of Malaysia established under the Companies Commission of Malaysia Act 2001 [Act 614]; “company” means a company incorporated under the Companies Act 2016 or corresponding previous written law and includes a corporation that is a public company which is registered as a foreign company in Malaysia; “corresponding previous written law” means any written law relating to companies which has been at any time in force in any part of Malaysia and which corresponds with any provision of this Act; “Court” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016; “director” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016; “financial year”, in relation to a scheme, means the period of twelve months ending on 31 December or on such other date as specified in the trust deed or contractual agreement; “foreign company” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016; “foreign scheme” means a scheme relating to an interest of which the right to participate or a right to the interest in the scheme is offered by a management company which is a public company limited by shares on behalf of a foreign company; “interest” means any interest or right to participate, whether enforceable or not and whether actual, prospective or contingent whether in Malaysia or elsewhere— (a) in any investment scheme; (b) in any time-sharing scheme; or (c) in any recreational membership scheme, whether or not the interest or right is evidenced by a formal document or relates to a physical asset, but does not include— (i) any shares in or debenture of a corporation; (ii) a capital market product as defined in section 2 of the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671]; (iii) any interest in a partnership agreement unless the agreement— (A) relates to a contract, arrangement, undertaking, or enterprise promoted by or on behalf of a person whose ordinary business is or includes the promotion of similar contract, arrangement, undertaking or enterprise, whether or not that person is a party to the agreement; or (B) is an agreement, or is within a class of agreements, prescribed by regulations for the purposes of this paragraph; or (iv) any participatory interest in any product offered by the licensees regulated under the Financial Services Act 2013 [Act 758] and the Islamic Financial Services Act 2013 [Act 759], approved issuers of a designated payment instruments regulated under the Financial Services Act 2013 and the Islamic Financial Services Act 2013 and development financial institutions prescribed under the Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618]; “interest holder” means a person who participates in a scheme; “management company”, in relation to any interests issued or proposed to be issued or any deed that relates to any interests issued or proposed to be issued, means a company incorporated under the Companies Act 2016 or corresponding previous written law by or on behalf of which the interests have been or are proposed to be issued; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for companies; “officer” has the meaning assigned to it in the Companies Act 2016; “premium scheme” means a scheme relating to an interest of which the right to participate or a right to the interest in the scheme is offered by a management company which is a public company limited by shares; “product disclosure statement” means any product disclosure statement or invitation inviting applications or offers to subscribe for or purchase or offering for subscription or purchase any interest in a small scheme; “prospectus” means any prospectus, notice, circular, advertisement or invitation inviting applications or offers from the public to subscribe for or purchase or offering to the public for subscription or purchase any interest in premium scheme or foreign scheme; “registered scheme” means a small scheme, premium scheme or foreign scheme registered and authorized by the Registrar in accordance with section 10; “Registrar” means the Registrar as designated under section 20A of the Companies Commission of Malaysia Act 2001 [Act 614]; “scheme”, in relation to an interest, includes any contract, arrangement, undertaking, enterprise, programmes or plans of actions relating to an investment scheme, a time-sharing scheme or a recreational membership scheme; “Shariah Advisory Committee” means a committee established by the Commission under section 43; “Shariah compliant scheme” means a scheme referred to in section 4 of which the trust deed and prospectus or contractual agreement and product disclosure statement, whichever is applicable, are in compliance with the Shariah framework under section 43; “small scheme” means a scheme relating to an interest of which the right to participate or right to the interest in the scheme is offered by a management company which is a company incorporated under the Companies Act 2016; “unregistered scheme” means a scheme which is not registered or authorized under this Act or under the corresponding previous written law. (2) A reference in this Act to a trust deed or contractual agreement shall be construed as including a reference to any instrument amending or affecting the trust deed or contractual agreement, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “iklan” ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pencarian pelanggan dengan apa-apa cara atau dalam apa-apa bentuk termasuklah komunikasi lisan dan bertulis dengan cara cetakan, elektronik dan apa-apa media lain; “Jawatankuasa Penasihat Shariah” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 43; “juruaudit syarikat yang diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016 [Akta 777]; “kepentingan” ertinya apa-apa kepentingan atau hak untuk mengambil bahagian, sama ada boleh dikuatkuasakan atau tidak dan sama ada sebenar, prospektif atau kontingen sama ada di Malaysia atau di tempat lain— (a) dalam apa-apa skim pelaburan; (b) dalam apa-apa skim kongsi-masa; atau (c) dalam apa-apa skim keahlian rekreasi, sama ada kepentingan atau hak itu dibuktikan oleh suatu dokumen rasmi atau berkaitan dengan suatu aset fizikal atau tidak, tetapi tidak termasuk— (i) apa-apa syer dalam atau debentur suatu perbadanan; (ii) suatu produk pasaran modal yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; (iii) apa-apa kepentingan dalam suatu perjanjian perkongsian melainkan jika perjanjian itu— (A) berhubung dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang dianjurkan oleh atau bagi pihak seseorang yang perniagaan biasanya ialah atau termasuk penganjuran kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang serupa, sama ada orang itu merupakan suatu pihak kepada perjanjian itu atau tidak; atau (B) ialah suatu perjanjian, atau dalam suatu kelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturanperaturan bagi maksud perenggan ini; atau (iv) apa-apa kepentingan penyertaan dalam apa-apa keluaran yang ditawarkan oleh pemegang lesen yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], pengeluar surat cara pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan institusi pembangunan kewangan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Pembangunan Kewangan 2002 [Akta 618]; “Mahkamah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat; “pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016; “pemegang kepentingan” ertinya seseorang yang mengambil bahagian suatu skim; “Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah seksyen 20A Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614]; “pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016; “pernyataan penzahiran produk” ertinya apa-apa pernyataan penzahiran produk atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran untuk melanggan atau membeli atau menawarkan langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam suatu skim kecil; “piawaian perakaunan diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016; “prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, surat pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran daripada orang awam untuk melanggan atau membeli atau menawarkan kepada orang awam untuk langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam skim premium atau skim asing; “skim”, berhubung dengan suatu kepentingan, termasuk apa-apa kontrak, perkiraan, aku janji, perusahaan, program atau pelan tindakan yang berhubungan dengan suatu skim pelaburan, skim kongsi-masa atau skim keahlian rekreasi; “skim asing” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak kepada kepentingan dalam skim ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer bagi pihak syarikat asing; “skim kecil” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016; “skim patuh Shariah” ertinya suatu skim yang disebut dalam seksyen 4 yang surat ikatan amanah dan prospektus atau perjanjian kontraktual dan pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang terpakai, mematuhi rangka kerja Shariah di bawah seksyen 43; “skim premium” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau suatu hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer; “skim tidak berdaftar” ertinya suatu skim yang tidak didaftarkan atau dibenarkan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan; “skim yang didaftarkan” ertinya skim kecil, skim premium atau skim asing yang didaftarkan dan dibenarkan oleh Pendaftar mengikut seksyen 10; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001; “syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dan termasuk suatu perbadanan yang merupakan suatu syarikat awam yang didaftarkan sebagai syarikat asing di Malaysia; “syarikat asing” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016; “syarikat pengurusan”, berhubung dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan atau apa-apa surat ikatan yang berkaitan dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan, ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan melalui atau bagi pihaknya kepentingan itu dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan; “tahun kewangan”, berhubung dengan suatu skim, ertinya tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Disember atau pada tarikh lain yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; “undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan” ertinya manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang telah pada bila-bila masa berkuat kuasa di mana-mana bahagian di Malaysia dan yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini. (2) Sebutan dalam Akta ini mengenai surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa surat cara yang meminda atau mempengaruhi surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next