My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 46

Interest Schemes Act 2016 s 46

s 46 Obligations to trustees

(1) A management company— (a) shall pay to the trustees any money payable to the trustee under the trust deed or contractual agreement within thirty days after the money is received by the company; (b) shall not without the approval of the trustees, publish or cause to be published any advertisement, circular or other document containing any statement with respect to the sale price of interests or the yield to which the trust deed or contractual agreement relates or containing any invitation to buy interests; (c) shall make available or ensure that there is made available to the trustees any details as the trustees require with respect to all matters relating to the contract, arrangement, undertaking or enterprise to which the trust deed or contractual agreement relates; (d) shall make available to the trustee all the books of the company, whether kept at the registered office or elsewhere for inspection; and (e) shall give to the trustees such oral or written information as the trustees require with respect to all matters relating to the contract, arrangement, undertaking or enterprise of the company or any property of the company or otherwise relating to the scheme, whether acquired before or after the date of the trust deed or contractual agreement. (2) The management company and every officer who contravene this section commit an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit.

Malay text (authoritative)

Obligasi terhadap pemegang amanah

(1) Suatu syarikat pengurusan— (a) hendaklah membayar kepada pemegang amanah apa-apa wang yang perlu dibayar kepada pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual dalam masa tiga puluh hari selepas wang itu diterima oleh syarikat pengurusan itu; (b) tidak boleh tanpa kebenaran pemegang amanah, menyiarkan atau menyebabkan apa-apa penyiaran iklan, pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pernyataan mengenai harga jualan kepentingan atau hasil yang diperoleh yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli kepentingan; (c) hendaklah menyediakan atau memastikan bahawa apa-apa butiran sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah tersedia kepada pemegang amanah berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu; (d) hendaklah menjadikan tersedia kepada pemegang amanah semua buku syarikat, sama ada disimpan di pejabat berdaftar atau di tempat lain bagi pemeriksaan; dan (e) hendaklah memberikan kepada pemegang amanah apaapa maklumat secara lisan atau bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah mengenai semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan syarikat itu atau mana-mana harta syarikat atau selainnya yang berhubungan dengan skim itu, sama ada diperoleh sebelum atau selepas tarikh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual. (2) Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next