My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 49

Interest Schemes Act 2016 s 49

s 49 Prohibition to invest and lend money to management company, etc.

(1) The money available for investment under the trust deed or the contractual agreement shall not be invested in or lent to the management company, trustee or to any company deemed to be related to the management company or the trustees under section 7 of the Companies Act 2016. (2) Notwithstanding subsection (1), the money available for investment under the trust deed or the contractual agreement may be invested in or lent to a prescribed corporation. (3) For the purposes of this section, “prescribed corporation” means— (a) a banking corporation; or (b) a corporation or a corporation of a class which, on the recommendation of the Central Bank of Malaysia, has been declared by the Minister charged with the responsibility for finance to be a prescribed corporation by notice published in the Gazette. (4) The management company and every officer who contravene this section commit an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Larangan melabur dan meminjamkan wang kepada syarikat pengurusan, dsb.

(1) Wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual tidak boleh dilaburkan dalam atau dipinjamkan kepada syarikat pengurusan itu, pemegang amanah atau mana-mana syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat pengurusan itu atau pemegang amanah itu di bawah seksyen 7 Akta Syarikat 2016. (2) Walau apa pun subseksyen (1), wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual boleh dilaburkan atau dipinjamkan kepada suatu perbadanan yang ditetapkan. (3) Bagi maksud seksyen ini, “perbadanan yang ditetapkan” ertinya— (a) suatu perbadanan perbankan; atau (b) suatu perbadanan atau kelas perbadanan yang, atas syor Bank Negara Malaysia, telah diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan menjadi suatu perbadanan yang ditetapkan melalui notis yang disiarkan dalam Warta. (4) Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 1 →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next