s 48 Separation of funds of interest holders and other persons
(1) The management company shall ensure that a separate trust account is maintained and controlled by the trustees for each scheme that the management company administers.
(2) Funds deposited into a trust account referred to in subsection (1) may only be withdrawn for the purposes of making payment—
(a) to an interest holder or person entitled to such payment; or
(b) in accordance with this Act, any other written law, the trust deed or contractual agreement.
(3) Any excess remaining in the trust account after payment of or provision for all claims of interest holders whose funds have, or should have been deposited in such account, is not considered as a trust property and shall be dealt with as if the excess were unclaimed moneys under the law relating to unclaimed moneys.
(4) The Registrar may, on an application from a person having a financial interest or a claim against a trust account, make an order—
(a) to prohibit the trustee from operating a trust account in any way; and
(b) to appoint any person to administer the account and to specify the duties and powers of the person administering the account.
(5) Any person aggrieved with the decision of the Registrar under this section may appeal to the Court.
Malay text (authoritative)
Pengasingan dana pemegang kepentingan dan orang lain
(1) Syarikat pengurusan hendaklah memastikan bahawa suatu akaun amanah yang berasingan disenggara dan dikawal oleh pemegang amanah bagi setiap skim yang ditadbir oleh syarikat pengurusan itu.
(2) Dana yang didepositkan ke dalam akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) hanya boleh dikeluarkan bagi maksud membuat pembayaran—
(a) kepada pemegang kepentingan atau orang yang layak menerima pembayaran itu; atau
(b) mengikut Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis lain, surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.
(3) Apa-apa lebihan baki dalam akaun amanah selepas pembayaran atau peruntukan bagi semua tuntutan pemegang kepentingan yang dananya telah, atau sepatutnya telah didepositkan dalam akaun itu, tidak dianggap sebagai suatu harta amanah dan hendaklah diuruskan seolah-olah lebihan baki itu ialah wang yang tidak dituntut di bawah undang-undang yang berhubungan dengan wang yang tidak dituntut.
(4) Pendaftar boleh, atas suatu permohonan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan kewangan dalam atau tuntutan terhadap suatu akaun amanah, membuat suatu perintah—
(a) untuk menghalang pemegang amanah daripada mengendalikan suatu akaun amanah dalam apa cara sekalipun; dan
(b) untuk melantik mana-mana orang untuk mentadbir akaun itu dan untuk menentukan kewajipan dan kuasa orang itu dalam mentadbirkan akaun itu.
(5) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).