My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 53

Interest Schemes Act 2016 s 53

s 53 Powers and duties of auditor

(1) Every auditor of a scheme shall report to the interest holders on the financial statements and on the scheme’s accounting and other records relating to those financial statements and the report shall be circulated to the interest holders. (2) An auditor shall state in the report referred to in subsection (1)— (a) whether the financial statements are in his opinion properly drawn up— (i) so as to give a true and fair view of the scheme’s affairs; and (ii) in accordance with the applicable approved accounting standards; (b) if in his opinion the financial statements have not been drawn up in accordance with a particular applicable approved accounting standard— (i) whether in his opinion the financial statements, would, if drawn up in accordance with that approved accounting standard, have given a true and fair view of the scheme’s affairs; and (ii) whether the financial statement would not, if so drawn up, have given a true and fair view of those matters, his reasons for holding that opinion; (c) whether the accounting and other records and the registers required under this Act to be kept by the management company relating to the scheme are, in his opinion, properly kept in accordance with this Act; (d) any defect or irregularity in the financial statements and any matter not set out in the financial statements or consolidated financial statements without regard to which a true and fair view of the matters dealt with by the financial statements or consolidated financial statements would not be obtained; and (e) if the auditor is not satisfied as to any matter referred to in paragraph (a), (b) or (c), his reasons for not being so satisfied. (3) An auditor of a scheme shall have a duty to form an opinion and to state in his report particulars of any deficiency, failure or shortcoming as to each of the following matters: (a) whether the auditor has obtained all the information and explanations that he requires; or (b) whether proper accounting and other records, including registers, have been kept by the management company relating to the scheme as required by this Act. (4) An auditor of a scheme has a right of access at all reasonable times to the accounting and other records including registers of the scheme, and is entitled to require from any officer of the management company any information and explanations as he requires for the purposes of audit. (5) The auditor’s report shall be attached to or endorsed on the financial statements and shall be circulated to all interest holders and shall be open for inspection by any interest holders at any reasonable time. (6) An auditor of a scheme or the auditor’s agent authorized by the auditor in writing is entitled to attend any annual meeting of the scheme and to receive all notices of, and other communications relating to, any annual meeting which an interest holder is entitled to receive, and to be heard at any annual meeting which the auditor’s agent attends on any part of the business of the meeting which concerns the auditor in his capacity as an auditor. (7) An auditor shall, in the course of the performance of his duties as auditor of a scheme, immediately report in writing to the Registrar, if he is satisfied that— (a) there has been a breach or non-observance of any of the provisions of this Act; and (b) the circumstances are such that in the auditor’s opinion the matter has not been or will not be adequately dealt with by his comment in the report on the financial statements or by bringing the matter to the notice of the directors of the management company. (8) An officer of a management company who refuses or fails without lawful excuse to allow an auditor of the scheme or an auditor of a management company who refuses or fails without lawful excuse to allow an auditor of the scheme access, in accordance with this section, to any accounting and other records, including registers, of the scheme or the management company in his custody or control, or to give any information or explanation as and when required under this section, or otherwise hinders, obstructs or delays an auditor in the performance of his duties or the exercise of his powers, commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to both. (9) Any auditor who contravenes subsection (7) commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding five years or to a fine not exceeding three million ringgit or to both.

Malay text (authoritative)

Kuasa dan kewajipan juruaudit

(1) Tiap-tiap juruaudit suatu skim hendaklah melaporkan kepada pemegang kepentingan mengenai penyata kewangan dan perakaunan skim itu dan rekod lain yang berhubungan dengan penyata kewangan itu dan laporan itu hendaklah diedarkan kepada pemegang kepentingan. (2) Seseorang juruaudit hendaklah menyatakan dalam laporan yang disebut dalam subseksyen (1)— (a) sama ada penyata kewangan itu pada pendapatnya disediakan dengan sepatutnya— (i) untuk memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai hal ehwal skim itu; dan (ii) mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai; (b) jika pada pendapatnya penyata kewangan itu tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai— (i) sama ada pada pendapat juruaudit itu penyata kewangan itu, akan, jika disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan, memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai kedudukan skim itu; dan (ii) sama ada penyata kewangan itu tidak akan, jika disediakan sedemikian, memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai perkara itu, sebab dia berpendapat sedemikian; (c) sama ada rekod perakaunan dan rekod lain dan daftar yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim, pada pendapatnya, disimpan dengan sempurna mengikut Akta ini; (d) apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan itu dan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tanpa mengambil kira gambaran yang benar dan patut mengenai perkara yang diperkatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tidak akan diperoleh; dan (e) jika juruaudit itu tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), sebab dia tidak berpuas hati. (3) Seorang juruaudit bagi suatu skim hendaklah mempunyai kewajipan untuk menyatakan pendapat dan menyatakan dalam laporan juruaudit butir-butir mengenai apa-apa kekurangan, kegagalan atau kelemahan mengenai setiap daripada perkara yang berikut: (a) sama ada juruaudit itu telah memperoleh semua maklumat dan penjelasan yang dikehendakinya; atau (b) sama ada perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya, termasuklah daftar, telah disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini. (4) Seseorang juruaudit suatu skim mempunyai hak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod lain termasuklah daftar skim ini, dan berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai syarikat pengurusan itu apa-apa maklumat dan penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit itu bagi maksud audit. (5) Laporan juruaudit itu hendaklah dilampirkan pada atau diendorskan ke atas penyata kewangan itu dan hendaklah diedarkan kepada semua pemegang kepentingan dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pemegang kepentingan pada bila-bila masa yang munasabah. (6) Seseorang juruaudit skim atau ejen juruaudit itu yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan skim dan menerima semua notis dan komunikasi lain yang berhubungan dengan, mana-mana mesyuarat tahunan yang pemegang kepentingan berhak untuk menerima, dan untuk didengar di mana-mana mesyuarat tahunan yang ejen juruaudit itu hadir pada mana-mana bahagian urusan mesyuarat berkenaan dengan juruaudit itu atas kapasitinya sebagai juruaudit. (7) Seseorang juruaudit hendaklah, dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu skim, dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada Pendaftar, jika dia berpuas hati bahawa— (a) telah berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan manamana peruntukan Akta ini; dan (b) hal keadaan itu sedemikian yang pada pendapat juruaudit itu perkara itu belum atau tidak akan diuruskan secukupnya oleh ulasannya dalam laporan mengenai penyata kewangan atau dengan membawa perkara itu kepada pengetahuan pengarah syarikat pengurusan itu. (8) Seseorang pegawai suatu syarikat pengurusan yang enggan atau gagal tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang untuk membenarkan juruaudit skim itu atau seorang juruaudit bagi syarikat pengurusan itu mengakses, mengikut seksyen ini, kepada mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar, skim atau syarikat pengurusan yang dalam jagaan atau kawalannya, atau memberikan apa-apa maklumat atau penjelasan yang dan apabila dikehendaki di bawah seksyen ini, atau selainnya menghalang, menggalang atau melengahkan seorang juruaudit dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan kuasanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya. (9) Mana-mana juruaudit yang melanggar subseksyen (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next