My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 77

Interest Schemes Act 2016 s 77

s 77 Duty to lodge returns, statements, etc.

(1) Where a trust deed or contractual agreement is or has at any time been an approved trust deed or contractual agreement and remains in force, the management company shall, within two months after the end of each financial year applicable to the scheme, lodge with the Registrar— (a) a return containing a list of all persons who, at the end of the financial year, were interest holders to which the trust deed or contractual agreement relates, showing the name and address of each interest holder and the extent of his holding and, if his interest consists of a specific interest in any property, a description of the property and its location sufficient to identify it; (b) a summary of— (i) all purchases and sales of property and marketable securities affecting the interests of the interest holders during the financial year; and (ii) all other investments affecting the interests of the interest holders made during the financial year, showing the descriptions and quantities of those investments; (c) a statement of the total amount of brokerage affecting the interests of the interest holders paid or charged by the management company during the financial year and the proportion of the amount of brokerage paid to any stock or share broker, or any partner, employee or nominee of any stock or share broker, who is an officer of the management company and the proportion retained by the management company; (d) a list of all parcels of property and marketable securities, and other investments, held by the trustee in relation to the trust deed or contractual agreement, as at the end of the financial year, showing the value of the property, securities or other investments and the basis of the valuations; and (e) such other statements and particulars as the Registrar thinks necessary. (2) The return lodged shall be accompanied with the audited financial statements of the scheme prepared under section 53. (3) Any document required to be lodged with the Registrar under subsections (1) and (2) shall be signed by at least one director of the management company. (4) Upon request by an interest holder of any documents lodged with the Registrar under paragraphs (1)(b), (c), (d) and (e), the management company shall send a copy of the documents to the interest holder within thirty days from the request.

Malay text (authoritative)

Kewajipan untuk menyerah simpan penyata, pernyataan, dsb.

(1) Jika surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual merupakan atau telah pada bila-bila masa menjadi suatu surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang diluluskan dan masih berkuat kuasa, syarikat pengurusan hendaklah, dalam masa dua bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan yang terpakai bagi skim itu, menyerah simpan dengan Pendaftar— (a) suatu penyata yang mengandungi senarai semua orang yang, pada akhir tahun kewangan, merupakan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, yang menunjukkan nama dan alamat setiap pemegang kepentingan dan takat pegangannya dan, jika kepentingannya terdiri daripada kepentingan tertentu dalam mana-mana harta, perihalan harta dan lokasi yang memadai untuk mengenal pastinya; (b) suatu ringkasan mengenai— (i) semua pembelian dan penjualan harta dan sekuriti boleh dipasarkan yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan semasa tahun kewangan itu; dan (ii) segala pelaburan lain yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibuat semasa tahun kewangan itu, yang menunjukkan perihalan dan kuantiti pelaburan itu; (c) suatu pernyataan mengenai jumlah bayaran broker yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibayar atau dikenakan oleh syarikat pengurusan semasa tahun kewangan itu dan kadar amaun bayaran broker yang dibayar kepada mana-mana broker saham atau syer, atau mana-mana pekongsi, pekerja atau penama mana-mana broker saham atau syer, yang merupakan seorang pegawai syarikat pengurusan dan kadar yang dipegang oleh syarikat pengurusan itu; (d) suatu senarai semua petak harta dan sekuriti boleh pasar, dan pelaburan lain, yang dipegang oleh pemegang amanah berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, pada akhir tahun kewangan, yang menunjukkan nilai harta, sekuriti atau pelaburan lain dan asas penilaian; dan (e) apa-apa penyata dan butir-butir lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar. (2) Penyata yang diserah simpan itu hendaklah disertakan dengan penyata kewangan skim itu yang telah diaudit yang disediakan di bawah seksyen 53. (3) Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat pengurusan. (4) Apabila diminta oleh seorang pemegang kepentingan bagi apaapa dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah perenggan (1)(b), (c), (d) dan (e), syarikat pengurusan hendaklah menghantar suatu salinan dokumen itu kepada pemegang kepentingan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permintaan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next