My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 82

Interest Schemes Act 2016 s 82

s 82 False and misleading statements

(1) Every management company which advertises, circulates or publishes any return, report, certificate, financial statement or other document required by or for the purposes of this Act makes or authorizes the making of a statement false or misleading in any material particular knowing it to be false or misleading or intentionally omits or authorizes the omission or accession of any matter or thing thereby making the document misleading in a material respect and every officer of the management company who knowingly authorizes, directs or consents to the advertising, circulation or publication commits an offence and shall, on conviction— (a) in the case of a management company, be liable to a fine not exceeding three million ringgit; and (b) in the case of officer of the management company, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or a fine not exceeding three million ringgit or to both. (2) Every person who in any return, report, certificate, financial statement or other document required by or for the purposes of this Act— (a) makes or authorizes the making of a statement false or misleading in any material particular knowing it to be false; or (b) misleads or intentionally omits or authorizes the omission or accession of any matter or thing making the document misleading in a material respect, commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding three million ringgit or to both. (3) If a person at a meeting votes in favour of the making of a statement referred to in this section knowing it to be false, he shall be deemed to have authorized the making of that statement.

Malay text (authoritative)

Pernyataan yang palsu dan mengelirukan

(1) Tiap-tiap syarikat pengurusan yang mengiklankan, mengedarkan atau menyiarkan apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material yang diketahuinya sebagai palsu atau mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material dan tiap-tiap pegawai syarikat pengurusan yang diketahuinya membenarkan, mengarahkan atau bersetuju dengan pengiklanan, pengedaran atau penyiaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan— (a) dalam hal suatu syarikat pengurusan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit; dan (b) dalam hal pegawai syarikat pengurusan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya. (2) Tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini— (a) membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material yang diketahuinya sebagai palsu; atau (b) mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya. (3) Jika seseorang pada sesuatu mesyuarat yang mengundi menyokong supaya pernyataan yang disebut dalam seksyen ini dibuat yang diketahuinya sebagai palsu, dia hendaklah disifatkan telah membenarkan pernyataan itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next