s 92 Saving and transitional
(1) On the commencement of this Act, any recognized scheme shall be deemed to have been registered as a premium scheme under this Act.
(2) Any condition or restriction imposed by the Registrar or the Minister, as the case may be, on any recognized scheme and in force immediately before the commencement of this Act shall be deemed to be a condition or restriction to which the approval for registration under this Act is subject to.
(3) Any approvals, directions, decisions, notifications, exemptions and other executive acts, howsoever called, given, made or done under, in accordance with or by virtue of the corresponding provisions of this Act shall continue to remain in effect in relation to the persons to whom the approvals, directions, decisions, notifications, exemptions and executive acts applied until amended, repealed, rescinded, revoked, replaced or varied under, in accordance with or by virtue of the corresponding provisions of this Act.
(4) Nothing shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences or breaches committed under Part IV of Division 5 of the *Companies Act 1965 [Act 125] before the commencement of this Act or any proceeding brought, sentence imposed or action taken before that day in respect of such offence or breach.
* NOTE—The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] which comes into operation on 31 January 2017–see subsection 620(1) of Act 777.
(5) Any rights, privileges, obligations or liabilities acquired, accrued or incurred before the commencement of this Act or any legal proceedings, remedy or investigation in respect of such right, privilege, obligation or liability shall not be affected by this Act and shall continue to remain in force as if this Act has not been enacted.
(6) In this section, “recognized scheme” means a scheme relating to an interest whose trust deed and prospectus have been duly registered under the *Companies Act 1965.
Malay text (authoritative)
Kecualian dan peralihan
(1) Pada permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa skim yang diiktiraf hendaklah disifatkan telah didaftarkan sebagai skim premium di bawah Akta ini.
(2) Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada mana-mana skim yang diiktiraf dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu syarat atau sekatan yang baginya kelulusan untuk pendaftaran di bawah ini Akta tertakluk.
(3) Apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, walau apa jua dipanggil, yang diberikan, dibuat atau dilakukan di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan,dihapuskan, dibatalkan, digantikan atau diubah di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini.
(4) Tiada apa-apa boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan di bawah Bahagian IV Penggal 5 *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.
(5) Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
* CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
(6) Dalam seksyen ini, “skim yang diiktiraf” ertinya skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang surat ikatan amanah dan prospektusnya telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah *Akta Syarikat 1965.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).