Asian Infrastructure Investment Bank Act 2017 s 6
s 6 Sums payable to the Bank to be charged on the Consolidated Fund
(1) There shall be charged on the Consolidated Fund—
(a) all sums payable to the Bank by way of subscription to its capital stock under and in accordance with the method of payment thereof as provided in Article 6 of the Agreement;
(b) all sums payable to the Bank by way of subscription to its callable capital stock as and when required by the Bank under paragraph 3 of Article 6 of the Agreement;
(c) all sums payable to the Bank by way of increased subscription by the Government to the Bank’s capital stock in accordance with paragraphs 3 and 4 of Article 5 of the Agreement; and
(d) all sums payable to the Bank under any other provisions of the Agreement.
(2) All sums charged on the Consolidated Fund under this section shall be paid in United States dollars.
Malay text (authoritative)
Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
(1) Maka hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan—
(a) semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modalnya di bawah dan mengikut cara pembayarannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 6 Perjanjian;
(b) semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modal boleh panggilnya apabila dikehendaki oleh Bank di bawah perenggan 3 Perkara 6 Perjanjian;
(c) semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli tambahan oleh Kerajaan bagi saham modal Bank mengikut perenggan 3 dan 4 Perkara 5 Perjanjian; dan
(d) semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain Perjanjian.
(2) Semua jumlah wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar dalam dolar Amerika Syarikat.
Read this section in the full act →
Find Act 786 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).