My bookmarksSign up free
← Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017

Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017 s 45

Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017 s 45

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 45 Vesting provision

(1) Subject to this Act, the Minister may, from time to ime, by order published in the Gazette, appoint a vesting date and on such date all properties, rights, interests, obligations and liabilities of the Government specified by the Minister in such order shall, by virtue of this Act, be transferred to and vested ir the Authority without any conveyance, assignment or transfer (2) Every property, right, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Authority by virtue of subsection (1) shall be so transferred to and vested in the Authority for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property, right, interest, obligation and liability were vested or held immediately before the vesting date. (3) Every chose in action vested in the Authority by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the Authority in its own name and it shall not be necessary for the Authority or the Government to give notice- (a) to the person bound by the chose in action of; or (b) to the person whose right, interest, obligation or liability is affected by, the vesting effected under subsection (1). (4) Any pending legal proceedings by or against the Government which relates to any property, right, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Authority by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the Authority. (5) In the case of rights, interests, obligations and liabilities arising under any loan which are vested in the Authority on the vesting date, the Authority may enter into such agreements or arrangements over such rights, interests, obligations and liabilities with the Government or any other person. (6) Where by virtue of subsection (1), any property is transferred to and vested in the Authority, the provisions of Part Thirty of the National Land Code 1965 [Act 56 of 1965] shall, for the purpose of effecting the registration of such vesting, apply to the Authority. (7) On and after the vesting date, any agreement, deed or other arrangement relating to any property, right, interest, obligation and liability transferred to and vested in the Authority under subsection (1) to which the Government was a party immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that property, right, interest, obligation and liability under the agreement, deed or other arrangement, as the case may be, could be assigned by the Government, shall have effect as if the Authority had been a party to such agreement, deed or other arrangement. (8) In this section, "vesting date" means the date appointed by the Minister under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Peruntukan peletakhakan

(1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Kerajaan yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan. (2) Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak sedemikian pada Pihak Berkuasa dengan hakmilik, harta benda atau kepentingan yang sama dan dengan pemegangan yaniise ruu tsebetaki maka haralihek, kg penänk se oblim sarlan peletakhakan itu. (3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Pihak Berkuasa menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Pihak Berkuasa atau Kerajaan untuk memberikan notis— (a) kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai; atau (b) kepada orang yang hak, kepentingan, obligasi atau liabilitinya tersentuh oleh, peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (4) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap Pihak Berkuasa. (5) Dalam hal hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Pihak Berkuasa pada tarikh peletakhakan, Pihak Berkuasa boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan mengenai hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana orang lain. (6) Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud untuk melaksanakan pendaftaran peletakhakan itu, terpakai bagi Pihak Berkuasa. (7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada daripada sesuatu jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu atau tidak di bawah perjanjian, surat ikatan atau apa-apa perkiraan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Pihak Berkuasa telah menjadi pihak kepada perjanjian, surat ikatan atau perkiraan lain itu. (8) Dalam seksyen ini, "tarikh peletakhakan" ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 788 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next