My bookmarksSign up free
← Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017

Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017 s 5

Civil Aviation Authority of Malaysia Act 2017 s 5

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 5 Membership of the Authority

(1) The Authority shall consist of the following members: (a) a Chairman who shall be appointed by the Minister; (b) one representative of the Ministry of Transport; (c) one representative of the Ministry of Finance; (d) not less than four but not more than six other members who shall be appointed by the Minister; and (e) the Chief Executive Officer who is an ex-officio member. (2) The members appointed under paragraphs (1)(a) and (d) shall be fit and proper persons from among persons who, in the opinion of the Minister, have experience or shown capacity and professionalism in matters relating to civil aviation, administration or law or any other matters relevant to the functions of the Authority. (3) In determining whether a person is a fit and proper person for the purposes of subsection (2), the Minister shall have regard to- (a) the probity, competence and soundness of judgment of the person in fulfilling his responsibilities as a member of the Authority; and (b) the diligence with which the person is likely to fulfill his responsibilities as a member of the Authority. (4) No person shall be a member of the Authority if he- (a) currently holds office or employment in or relating to aviation; (b) is involved in any business or other activity carried on for the purpose of gain in or relating to aviation; or (c) is or becomes involved in any activity which may interfere with his independence in discharging his duties. (5) Paragraph (4)(a) does not apply to the member specified under paragraph (1)(b). (6) Any member of the Authority, other than members specified under paragraphs (1)(b) and (c), shall not, while being a member of the Authority, hold any other office or employment, whether remunerated or not without the prior written approval of the Minister. (7) The Minister shall appoint a deputy chairman of the Authority from among the members appointed under paragraph (1)(d) if- (a) the office of the Chairman is vacant; (b) the Chairman is absent from duty or from Malaysia; or (c) the Chairman is, for any other reason, unable to perform the duties of his office. Alternate members

Malay text (authoritative)

(1) Pihak Berkuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (b) seorang wakil Kementerian Pengangkutan; (c) seorang wakil Kementerian Kewangan; (d) tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (e) Ketua Pegawai Eksekutif yang menjadi anggota ex-officio. (2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (d) hendaklah orang yang layak dan sesuai dalam kalangan orang yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman atau menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam, pentadbiran atau undang-undang atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Pihak Berkuasa. (3) Dalam menentukan sama ada seseorang adalah orang yang layak dan sesuai bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah mengambil kira- (a) kejujuran yang tidak diragui, kecekapan dan kewajaran pertimbangan orang itu dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Pihak Berkuasa; dan (b) ketekunan yang membolehkan orang itu memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota Pihak Berkuasa. (4) Tiada seorang pun boleh menjadi anggota Pihak Berkuasa jika dia- (a) sedang memegang jawatan atau pekerjaan dalam atau yang berhubungan dengan penerbangan; (b) terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan dalam atau yang berhubungan dengan penerbangan; atau (c) terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh menjejaskan kebebasannya dalam menunaikan kewajipannya. (5) Perenggan (4)(a) tidak terpakai bagi anggota yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(b). (6) Mana-mana anggota Pihak Berkuasa, selain anggota yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(b) dan (c), tidak boleh, selama dia menjadi anggota Pihak Berkuasa, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri. (7) Menteri hendaklah melantik seorang timbalan pengerusi Pihak Berkuasa dalam kalangan anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) jika- (a) jawatan Pengerusi kosong; (b) Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau (c) Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya. Anggota silih ganti

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 788 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next