Any person who, for sexual purposes—
(a) touches any part of the body of a child;
(b) makes a child touch any part of the body of such person or of any other person;
(c) makes a child touch any part of the child’s own body; or
(d) does any other acts that involve physical contact with a child without sexual intercourse,
commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping. Explanation 1—The act of touching may involve the act of touching with any part of the body or with an object and may be done through anything including anything worn by the person touching or by the child touched.
Explanation 2—In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct.
Malay text (authoritative)
Amang seksual fizikal atas kanak-kanak
Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—
(a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
(c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
(d) melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan,
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Huraian 1—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.
Huraian 2—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).