My bookmarksSign up free
← Sexual Offences against Children Act 2017

Sexual Offences against Children Act 2017 s 15

Sexual Offences against Children Act 2017 s 15

s 15 Non-physical sexual assault on a child

Any person who— (a) for sexual purposes— (i) utters any word or makes any sound, or makes any gesture or exhibits any object or his body or any part of his body with the intention that such word or sound shall be heard, or such gesture or object or body or part of his body shall be seen by a child; (ii) makes a child exhibit the child’s body or any part of the child’s body so as it is seen by such person or any other person; or (iii) repeatedly or constantly follows or watches or contacts a child by any means; (b) threatens to use any representation in whole or in part, whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written, by any means including but not limited to electronic, mechanical, digital, optical or magnetic means, or manually crafted, or the combination of any means, of a body of a child or any part of a body of a child or of a child engaged in an activity that is sexual in nature; (c) engages in an activity that is sexual in nature in the presence of a child; (d) causes a child to watch such person or any other person engaging in an activity that is sexual in nature; (e) causes a child to watch or hear any representation in whole or in part, whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written, by any means including but not limited to electronic, mechanical, digital, optical or magnetic means, or manually crafted, or the combination of any means, of such person or any other person engaged in an activity which is sexual in nature; or (f) makes a child engage in an activity that is sexual in nature, commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to both. Explanation—In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration, among others, the words uttered, the nature and extent of the gestures and all other circumstances surrounding the conduct.

Malay text (authoritative)

Amang seksual bukan fizikal atas kanak-kanak

Mana-mana orang yang— (a) bagi maksud seksual— (i) mengatakan apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi, atau membuat apa-apa gerak isyarat atau menunjukkan apa-apa objek atau badannya atau mana-mana bahagian badannya dengan niat bahawa perkataan atau bunyi itu hendaklah didengari, atau gerak isyarat atau objek atau badan atau bahagian badannya itu hendaklah dilihat oleh seseorang kanak-kanak; (ii) membuatkan seseorang kanak-kanak menunjukkan badan kanak-kanak itu atau mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu supaya dapat dilihat oleh orang itu atau mana-mana orang lain; atau (iii) mengikuti atau memerhati atau menghubungi seseorang kanak-kanak melalui apa-apa cara secara berulang kali atau kerap; (b) mengugut untuk menggunakan apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai badan seseorang kanak-kanak atau mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak atau mengenai seseorang kanak-kanak yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; (c) melakukan aktiviti yang bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak; (d) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; (e) menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati atau mendengar apa-apa gambaran yang keseluruhannya atau sebahagiannya, sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis atau gabungan bentuk visual, audio atau bertulis, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau dihasilkan secara manual, atau gabungan apa-apa cara, adalah mengenai orang itu atau mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti yang bersifat seksual; atau (f) membuatkan seseorang kanak-kanak melakukan aktiviti yang bersifat seksual, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya. Huraian—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, perkataan yang diperkatakan, sifat dan takat gerak isyarat dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 792 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next