s 53 False declaration
(1) Any person who makes, orally or in writing, signs or furnishes any declaration, return, certificate or other document or information required under this Act which is untrue, inaccurate or misleading in any particular commits an offence and shall, on conviction, be liable—
(a) where such person is an individual, to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both; or
(b) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit.
(2) Any person who—
(a) without lawful authority alters, forges, mutilates or defaces any permit, certificate or registration; or
(b) knowingly makes use of any permit, certificate or registration which has been so altered, forged, mutilated or defaced,
commits an offence and shall, on conviction, be liable—
(aa) where such person is an individual, to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both; or
(bb) where such person is a body corporate, to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Perisytiharan palsu
(1) Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
(2) Mana-mana orang yang—
(a) tanpa kuasa yang sah mengubah, memalsukan, mencacatkan atau merosakkan apa-apa permit, perakuan atau pendaftaran; atau
(b) menggunakan apa-apa permit, perakuan atau pendaftaran yang diketahuinya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan atau dirosakkan,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(aa) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.