My bookmarksSign up free
← Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017

Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017 s 54

Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017 s 54

s 54 Offence committed by body corporate

Where a body corporate commits an offence under this Act or any of its subsidiary legislation, any person who at the time of the commission of the offence was a director, manager, secretary or other similar officer of the body corporate or was purporting to act in any such capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the body corporate or was assisting in such management— (a) may be charged severally or jointly in the same proceedings with the body corporate; and (b) where the body corporate is found to have committed the offence, shall be deemed to commit that offence and shall, on conviction, be liable to the penalty applicable to an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves— (i) that the offence was committed without his knowledge, consent or connivance; and (ii) that he took all reasonable precautions and had exercised due diligence to prevent the commission of the offence.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan itu— (a) boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang terpakai bagi seseorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan— (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan (ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 795 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next