Employment (Restriction) Act 1968 s 17
s 17 Penalties
(1) Any person who fails to comply with section 5 or 12 commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(2) Any person who forges, alters or tampers with any employment permit commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
(3) Every omission or neglect to comply with, and every act done or attempted to be done contrary to the provisions of this Act or of any regulations made under this Act, or any breach of the conditions and restrictions subject to or upon which an employment permit is issued under this Act, shall be an offence against this Act and the offender shall, on conviction, be liable, if no penalty is expressly provided, to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one hundred ringgit a day:
Provided that no person shall be convicted under this section by reason only of the failure to comply with paragraph 13(2)(a) if within forty-eight hours after being so required he produces or gives the document or information in his possession.
Malay text (authoritative)
Penalti
(1) Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen 5 atau 12 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang memalsukan, mengubah atau mengusik mana-mana permit kerja melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Tiap-tiap peninggalan atau keabaian untuk mematuhi dan tiap-tiap perbuatan yang dilakukan atau cuba untuk dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau apaapa pelanggaran syarat dan sekatan yang tertakluk kepadanya atau yang berdasarkannya suatu permit kerja dikeluarkan di bawah Akta ini, menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini dan pesalah boleh, apabila disabitkan, jika tiada penalti yang diperuntukkan dengan nyata, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ringgit sehari:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh disabitkan di bawah seksyen ini semata-mata oleh sebab tidak mematuhi perenggan 13(2)(a) jika dalam masa empat puluh lapan jam selepas dikehendaki berbuat demikian dia mengemukakan atau memberikan dokumen atau maklumat dalam milikannya.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 796 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).