In this Act, unless the context otherwise requires—
“Director General” means the Director General of Labour appointed under subsection 3(1);
“employer” means any person who has entered into a contract of service to employ another person as an employee and includes the agent, manager or factor of the first-mentioned person and the word “employ” with its grammatical variations and cognate expressions, shall be construed accordingly;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for human resources;
“authorized person” means a person authorized by the Director General for the purposes of this Act;
“employment permit” means an employment permit issued under section 7;
“business” includes any form of trade, commerce, craftsmanship, calling, profession or other activity carried on for the purpose of gain.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau wakil perniagaan bagi orang yang mula-mula disebut itu dan perkataan “ambil kerja” dengan variasi kenahuan dan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang yang diberi kuasa” ertinya seseorang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini;
“permit kerja” ertinya permit kerja yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;
“perniagaan” termasuklah apa-apa jenis perdagangan, perusahaan, ketukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud laba.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).