(1) Notwithstanding any written law or any term or condition of any contract or agreement, an employer of an employee in any of the category or categories of employment or business described in the Schedule shall terminate the services of that employee within thirty days of his being notified in writing by the Director General that the employment permit issued in respect of that employee has been cancelled, suspended or not renewed under subsection 7(3).
(2) Every employer referred to in subsection (1) who terminates the services of an employee or ceases to employ such employee pursuant to subsection (1) or for any other reasons shall notify the Director General in writing within fourteen days of such termination or cessation.
(3) The termination of the services of an employee pursuant to subsection (1) shall not be—
(a) capable of negotiation by a trade union representing the person affected; or
(b) the subject matter of a trade dispute or of conciliation proceedings or any method of redress whether under any written law or not.
Malay text (authoritative)
Penamatan pekerjaan bukan warganegara
(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau apa-apa terma atau syarat mana-mana kontrak atau perjanjian, seseorang majikan bagi seseorang pekerja dalam mana-mana kategori atau kategori-kategori pekerjaan atau perniagaan yang diperihalkan dalam Jadual hendaklah menamatkan perkhidmatan
pekerja itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pekerja itu diberitahu secara bertulis oleh Ketua Pengarah bahawa permit kerja yang dikeluarkan berkenaan dengan pekerja itu telah dibatalkan, digantung atau tidak dibaharui di bawah subseksyen 7(3).
(2) Tiap-tiap majikan yang disebut dalam subseksyen (1) yang menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja atau berhenti mengambil kerja pekerja itu menurut subseksyen (1) atau kerana apa-apa sebab lain hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penamatan atau pemberhentian itu.
(3) Penamatan perkhidmatan seseorang pekerja menurut subseksyen (1) tidak boleh—
(a) dirundingi oleh sesuatu kesatuan sekerja yang mewakili orang terjejas itu; atau
(b) menjadi hal perkara bagi sesuatu pertikaian perdagangan atau prosiding pendamaian atau apa-apa kaedah tuntutan sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).