s 4
Functions of Agency
Malaysian Border Security Agency Act 2017 s 4
Functions of Agency
Fungsi Agensi
Agensi hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menjalankan kawalan sempadan darat Malaysia; (b) untuk membuat syor mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan sempadan darat Malaysia atau bagi perkara yang diperuntukkan di bawah Akta ini kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dan Jawatankuasa Penyelaras; (c) untuk menerima apa-apa laporan bagi pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; (d) untuk mencegah dan menyekat pelakuan suatu kesalahan berhubung dengan kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; (e) untuk menyelaras pelaksanaan penguatkuasaan oleh Agensi dengan agensi lain di sempadan darat Malaysia; (f) untuk memantau apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; (g) untuk merumus dasar dan program untuk mencegah apa-apa kegiatan penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat Malaysia; dan (h) secara amnya untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan sempadan darat Malaysia atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengan fungsinya.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).