s 5
High Level Committee
Malaysian Border Security Agency Act 2017 s 5
High Level Committee
Jawatankuasa Peringkat Tertinggi
(1) Suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi Agensi ditubuhkan bagi maksud Akta ini. (2) Jawatankuasa Peringkat Tertinggi hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Menteri sebagai Pengerusi; (b) Menteri di Jabatan Perdana Menteri; (c) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; (d) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan; (e) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan; (f) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi; (g) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan dan kebudayaan; (h) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan; (i) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani; (j) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri; (k) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar; (l) Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri; (m) Panglima Angkatan Tentera; (n) Ketua Polis Negara; (o) Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara; (p) Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia; (q) Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia; (r) Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan; dan (s) Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).