My bookmarksSign up free
← Employment Insurance System Act 2017

Employment Insurance System Act 2017 s 48

Employment Insurance System Act 2017 s 48

s 48 Expenditure on administration

(1) Notwithstanding section 47, expenditure may be incurred by the Organization out of the Fund up to such amount as the Minister may authorize as prescribed, for any one year, for carrying on the administration of the System for the following purposes: (a) paying for salaries, bonus, leave and transfer expenses, travelling and compensatory allowances, gratuities and compassionate allowances, contributions to benefit fund, welfare and recreation of the officers and servants of the Organization including the granting of loans and advances, and expenditure in respect of offices and payment of other services provided under this Act or any regulations made under this Act; (b) paying for fees and other remunerations to any auditor, actuary, agent, technical adviser, banker, stockbroker, surveyor, consultant or any other persons employed to carry into effect the purpose of this Act; (c) purchasing or hiring equipment, machinery and any other things including renting of any building or premises in the performance of its functions and in the exercise of its powers under this Act or any regulations made under this Act. (2) The Board may, subject to such conditions, limitations or restrictions as the Board thinks fit, delegate to the Chairman of the Board, Director General, Deputy Directors General, any of the members of the Board, Committee or committees established under section 9, Employment Services Officer, or officers and servants of the Organization, the authority to sanction expenditure from the Fund or any other moneys vested in and under the control of the Board up to such limit as the Board may determine.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan bagi pentadbiran

(1) Walau apa pun seksyen 47, perbelanjaan boleh dilakukan oleh Pertubuhan daripada Kumpulan Wang setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri sebagaimana yang ditetapkan, bagi mana-mana satu tahun, untuk menjalankan pentadbiran Sistem bagi maksud yang berikut: (a) membayar gaji, bonus, belanja cuti dan pertukaran, elaun perjalanan dan pampasan, ganjaran dan elaun ihsan, caruman kepada kumpulan wang faedah, kebajikan dan rekreasi pegawai dan pekhidmat Pertubuhan termasuklah pemberian pinjaman dan pendahuluan, dan perbelanjaan berkenaan dengan pejabat dan bayaran perkhidmatan lain yang diberikan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) membayar fi dan saraan lain kepada mana-mana juruaudit, aktuari, ejen, penasihat teknikal, jurubank, broker saham, juruukur, perunding atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja untuk melaksanakan maksud Akta ini; (c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa benda lain termasuk menyewa mana-mana bangunan atau premis dalam melaksanakan fungsinya dan dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (2) Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut oleh Lembaga, mewakilkan kepada Pengerusi Lembaga, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, atau pegawai dan pekhidmat Pertubuhan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan Lembaga setakat apa-apa had sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VII β†’

Find Act 800 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 November 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next