My bookmarksSign up free
← Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018

Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018 s 2

Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “prescribed” means prescribed by the Minister by regulations made under this Act; “Inspector” means an Inspector appointed under subsection 87(1) of the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586]; “approval” means an approval granted under subsection 9(1) to provide a private aged healthcare facilities and services and “holder of an approval” means a holder of an approval to which the private aged healthcare facilities and services relates; “private aged healthcare facilities and services” means any premises where healthcare services are provided for aged persons; “licensed private aged healthcare facilities and services” means any private aged healthcare facilities and services licensed under Part IV; “Director General” means the Director General of Health, Malaysia; “licence” means a licence granted under Part IV to operate a private aged healthcare facilities and services and “licensee” means a holder of a licence to which the private aged healthcare facilities and services relates; “interim licence” means an interim licence granted under Part IV and “interim licensee” means a holder of an interim licence; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for health; “person in charge” means a person charged with the responsibilities under subsection 23(2); “care recipient” means any person receiving healthcare services at a licensed private aged healthcare facilities and services; “caregiver” means any person, other than a healthcare professional, who provides personal care to any care recipient; “healthcare services” means any services specified in the First Schedule; “society” means any society registered under the Societies Act 1966 [Act 335] or Co-operative Societies Act 1993 [Act 502]; “body corporate” means any body incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] or statutory body incorporated and established under any written law; “healthcare professional” means any person specified in the Second Schedule; “relative” means any person connected by blood or marriage or legal adoption, or a legal guardian; “standards or requirements” means standards or requirements as the Director General may determine under subsection 5(3); “aged person” means any person who is sixty years of age or above.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Inspektor” ertinya Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 87(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; “kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) untuk menyediakan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang kelulusan” ertinya pemegang suatu kelulusan yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan; “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta” ertinya mana-mana premis yang di dalamnya perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan untuk warga emas; “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen” ertinya mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang dilesenkan di bawah Bahagian IV; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia; “lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian IV untuk mengendalikan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan; “lesen sementara” ertinya lesen sementara yang diberikan di bawah Bahagian IV dan “pemegang lesen sementara” ertinya pemegang suatu lesen sementara; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan; “ o r a n g yang bertanggungjawa b” e r tinya or a ng ya ng dipertanggungkan dengan tanggungjawab di bawah subseksyen 23(2); “orang yang menerima jagaan” ertinya mana-mana orang yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan di suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen; “pemberi jagaan” ertinya mana-mana orang, selain seorang profesional jagaan kesihatan, yang menguruskan jagaan peribadi mana-mana orang yang menerima jagaan; “perkhidmatan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; “pertubuhan” ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; “pertubuhan perbadanan” ertinya mana-mana badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau badan berkanun yang diperbadankan dan ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; “profesional jagaan kesihatan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; “saudara” ertinya mana-mana orang yang ada pertalian darah atau perhubungan perkahwinan atau pengangkatan di sisi undang-undang, atau seorang penjaga di sisi undang-undang; “standard atau kehendak” ertinya standard atau kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3); “warga emas” ertinya mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun atau lebih.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 802 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next