s 35 Voluntary closure
(1) A licensee who intends to close down a licensed private aged healthcare facilities and services shall, not later than three months before the closing down of such licensed private aged healthcare facilities and services, serve a notice to the Director General, the care recipients, their relatives, or any person on behalf of the care recipients, of the licensee’s intention to close down such licensed private aged healthcare facilities and services.
(2) The notice to the Director General under subsection (1) shall include the following:
(a) a full report as the Director General shall determine; and
(b) an action plan regarding the closure of such licensed private aged healthcare facilities and services, including, where the licensed private aged healthcare facilities and services provides accommodation, regarding the accommodation of the care recipients.
(3) Having considered the notice under subsection (1), the Director General may give any directions relating to the closure of such licensed private aged healthcare facilities and services, including with regard to the accommodation and care of the care recipients, and the records of the care recipients.
(4) Any person who contravenes subsection (1), serves a notice not in accordance with subsection (2) or contravenes any direction under subsection (3), commits an offence and shall, on conviction, be liable—
(a) in the case of an individual, to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit; and
(b) in the case of a body corporate, partnership or society to a fine not exceeding fifty thousand ringgit.
Malay text (authoritative)
Penutupan sukarela
(1) Pemegang lesen yang berniat untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan sebelum penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, menyampaikan notis kepada Ketua Pengarah, orang yang menerima jagaan, saudaranya, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan, tentang niat pemegang lesen untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu.
(2) Notis kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk yang berikut:
(a) laporan penuh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
(b) suatu pelan tindakan mengenai penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen, termasuklah, jika kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen menyediakan tempat tinggal, mengenai tempat tinggal orang yang menerima jagaan.
(3) Selepas menimbangkan notis di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, termasuklah berkaitan tempat tinggal dan jagaan orang yang menerima jagaan, dan rekod orang yang menerima jagaan.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), memberikan notis yang tidak menepati subseksyen (2) atau melanggar apa-apa arahan di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
(a) dalam hal seorang individu, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.