Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018 s 37
s 37 Closure of unlicensed private aged healthcare facilities and services
(1) The Director General may direct any person who has provided or operated any private aged healthcare facilities and services in contravention of section 4, whether or not a prosecution has been instituted in respect of such contravention, to close down such private aged healthcare facilities and services.
(2) The Director General may give any directions as the Director General thinks necessary relating to such closure.
(3) Any costs incurred relating to the closure of unlicensed private aged healthcare facilities and services under subsection (1) shall be borne by the person providing or operating such private aged healthcare facilities and services and be deemed to be a debt due to the Government.
Malay text (authoritative)
Penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen
(1) Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana orang yang menyediakan atau mengendalikan apa-apa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang melanggar seksyen 4, sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan berkenaan dengan pelanggaran itu, untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu.
(2) Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan penutupan itu.
(3) Apa-apa kos yang dilakukan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh orang yang menyediakan atau mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu dan dianggap sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Read this section in the full act → · Open Part VII →
Find Act 802 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).