Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018 s 50
s 50 General penalty
(1) A person who contravenes any of the provisions of this Act or any regulations made under this Act for which no express provision making its contravention an offence has been provided commits an offence.
(2) Any person who commits an offence under this Act or any regulations made under this Act for which no penalty is expressly provided shall, on conviction, be liable—
(a) in the case of an individual—
(i) to a fine not exceeding five thousand ringgit; and
(ii) for a continuing offence, to a further fine not exceeding five hundred ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction; and
(b) in the case of a body corporate, partnership or society—
(i) to a fine not exceeding twenty thousand ringgit; and
(ii) for a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand five hundred ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.
Malay text (authoritative)
Penalti am
(1) Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada peruntukan yang nyata diperuntukkan yang menjadikan pelanggarannya suatu kesalahan melakukan suatu kesalahan.
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, boleh—
(a) dalam hal seorang individu—
(i) didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Read this section in the full act → · Open Part IX →
Find Act 802 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).