My bookmarksSign up free
← Dental Act 2018

Dental Act 2018 s 66

Dental Act 2018 s 66

s 66 Offences relating to practising certificate

(1) A practitioner who practises dentistry without a valid practising certificate commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (2) A practitioner who knowingly practises dentistry with a person who does not have a valid practising certificate commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both. (3) A practitioner who employs a person who does not have a valid practising certificate to practise dentistry commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both. (4) Any person who contravenes this section shall not be entitled to recover any fee, charge, reward, disbursement or cost incurred during the time when he or any other such person mentioned in this section does not have valid practising certificate.

Malay text (authoritative)

Kesalahan yang berhubungan dengan perakuan pengamalan

(1) Seseorang pengamal yang menjalankan amalan pergigian tanpa perakuan pengamalan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Seseorang pengamal yang dengan diketahuinya menjalankan amalan pergigian dengan seseorang yang tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (3) Seseorang pengamal yang menggaji seseorang yang tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah untuk menjalankan amalan pergigian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa fi, caj, upah, perbelanjaan atau kos yang ditanggung semasa dia atau mana-mana orang lain yang disebut dalam seksyen ini tidak mempunyai perakuan pengamalan yang sah.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 804 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next