My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 2018

Sales Tax Act 2018 s 74

Sales Tax Act 2018 s 74

s 74 Evidence by certificate, etc.

(1) Any certificate signed by the Director General stating that— (a) a manufacturer was or was not, on any date, registered under this Act; (b) any return has not been furnished or had not been furnished on any date; (c) any sales tax shown as due and payable in any return or assessment has not been paid; (d) any penalty and the amount of the penalty shown as due from a person named in the certificate; or (e) any public ruling is made under section 42 or customs ruling is made under section 43, shall be prima facie evidence of the facts stated in the certificate without proof of the signature to the certificate. (2) In any proceedings in respect of any offence under this Act in which the existence, description, classification, composition, quantity, quality or value of, or any other matter in relation to, any goods returned, sold or destroyed under section 71 is in question, any document produced by the Public Prosecutor purporting to be a certificate in respect of any of the matter given and signed by— (a) an analyst within the meaning of subsection 75(4); (b) a senior officer of sales tax; or (c) any person, regardless whether or not he is a public officer, authorized by or on behalf of the Minister either generally or in any particular case, for the purposes of this section, shall be admissible in evidence and its conclusiveness shall not be challenged on the ground that the goods in respect of which the certificate is given has not been produced before the court either in part or in entirety, and it shall be evidence of its contents, including the facts stated in the certificate, without proof of the signature to the certificate.

Malay text (authoritative)

Keterangan melalui perakuan, dsb.

(1) Apa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa— (a) seorang pengilang adalah atau tidak, pada mana-mana tarikh, didaftarkan di bawah Akta ini; (b) apa-apa penyata tidak dikemukakan atau telah tidak dikemukakan pada mana-mana tarikh; (c) apa-apa cukai jualan yang ditunjukkan sebagai genap masa dan kena dibayar dalam apa-apa penyata atau taksiran telah tidak dibayar; (d) apa-apa penalti dan amaun penalti yang ditunjukkan sebagai terhutang daripada seseorang yang dinamakan dalam perakuan itu; atau (e) apa-apa ketetapan umum dibuat di bawah seksyen 42 atau ketetapan kastam dibuat di bawah seksyen 43, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu. (2) Dalam apa-apa prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dalamnya kewujudan, perihalan, klasifikasi, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain berhubung dengan, apa-apa barang yang dipulangkan, dijual atau dimusnahkan di bawah seksyen 71 menjadi persoalan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya yang berupa suatu perakuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang diberikan dan ditandatangani oleh— (a) seorang juruanalisis mengikut pengertian subseksyen 75(4); (b) seorang pegawai kanan cukai jualan; atau (c) mana-mana orang, tanpa mengambil kira sama ada atau tidak dia seorang pegawai awam, yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak Menteri sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud seksyen ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan kemuktamadannya tidak boleh dicabar atas alasan bahawa barang yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan tidak dikemukakan di hadapan mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan perakuan itu hendaklah menjadi keterangan bagi kandungannya, termasuk fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu, tanpa dibuktikan tandatangan pada perakuan itu.

Read this section in the full act → · Open Part XI →

Find Act 806 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next