(1) Where any person is found guilty of an offence under this Act, the court before which that person is found guilty shall order the person to pay to the Director General the amount of sales tax due and payable, or penalty payable, under this Act, if any, as certified by the Director General and such sales tax
or penalty shall be recoverable in the same manner as a fine as provided under section 283 of the Criminal Procedure Code [Act 593].
(2) In addition to subsection (1), the court has civil jurisdiction to the extent of the amount of sales tax due and payable, or penalty payable and the order is enforceable in all respects as a final judgement of the court in favour of the Director General.
(3) Where any person is found not guilty of an offence under this Act, and if he has paid the amount of sales tax due and payable, or penalty payable, under this Act pursuant to section 100 in respect of the offence charged, the court may order the amount paid to be refunded to such person where no notice of appeal is filed.
Malay text (authoritative)
Perintah mahkamah
(1) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu supaya membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakukan oleh Ketua Pengarah dan cukai jualan atau penalti itu hendaklah didapatkan semula mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(2) Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar itu, atau penalti yang kena dibayar itu dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam segala hal sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada Ketua Pengarah.
(3) Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan jika dia telah membayar amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, atau penalti yang kena dibayar, di bawah Akta ini menurut seksyen 100 berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).