My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 2018

Sales Tax Act 2018 s 86

Sales Tax Act 2018 s 86

s 86 Evasion of sales tax

(1) Any person who, with intent to evade or to assist any other person to evade sales tax— (a) omits from a return any information in relation to any matter affecting the amount of sales tax chargeable by him or other person; (b) makes any false statement or entry in any return, claim or application; (c) gives any false answer, whether in writing or otherwise, to any question asked or request for information made under this Act; (d) prepares or maintains, or authorizes the preparation or maintenance of, any false book of accounts, false invoices or other false records, or falsifies or authorizes the falsification of any book of accounts, invoices or records; or (e) makes, uses or authorizes the use of any fraud, artifice or contrivance, commits an offence. (2) Any person who commits an offence under subsection (1) shall, on conviction, be liable— (a) for the first offence, to a fine of not less than ten times and not more than twenty times the amount of sales tax or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both; and (b) for a second or subsequent offence, to a fine of not less than twenty times and not more than forty times the amount of sales tax or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both. (3) For the purposes of subsection (2), where the amount of sales tax cannot be ascertained, the person shall be liable to a fine of not less than fifty thousand ringgit and not more than five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding seven years or to both. (4) Any person who assists in, or advises with respect to, the preparation of any return where the return results in an understatement of the liability for sales tax of another person, unless he satisfies the court that the assistance or advice was given with reasonable care, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of not less than two thousand ringgit and not more than twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (5) Any reference under paragraph (1)(e) in relation to a person who makes, uses or authorizes the use of any fraud, artifice or contrivance includes a reference to a person who, without the authority of the officer of sales tax— (a) destroys, damages, erases, alters or manipulates the data stored in, or used in connection with, a computer; (b) introduces into, or records or stores in, a computer by any means data for the purpose of— (i) destroying, damaging, erasing, altering or manipulating other data stored in that computer; or (ii) interfering with, interrupting or obstructing the lawful use of that computer, or the data stored in that computer; or (c) otherwise uses a computer, the purpose or effect of which is to evade sales tax. (6) For the purposes of subsection (5), “data” includes any computer programme or part of a computer programme. (7) In any prosecution under this section, any evasion of sales tax shall be deemed to be with the knowledge of the accused unless the contrary be proved by the accused.

Malay text (authoritative)

Pengelakan cukai jualan

(1) Mana-mana orang yang, dengan niat untuk mengelak atau untuk membantu mana-mana orang lain mengelak cukai jualan— (a) meninggalkan daripada suatu penyata apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perkara yang menjejaskan amaun cukai jualan yang boleh dikenakan olehnya atau orang lain; (b) membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu dalam mana-mana penyata, tuntutan atau permohonan; (c) memberikan apa-apa jawapan palsu, sama ada secara bertulis atau selainnya, bagi apa-apa soalan yang ditanya atau permintaan untuk mendapatkan maklumat yang dibuat di bawah Akta ini; (d) menyediakan atau menyenggarakan, atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan, apa-apa buku akaun palsu, invois palsu atau rekod palsu yang lain, atau memalsukan atau membenarkan pemalsuan apa-apa buku akaun, invois atau rekod; atau (e) membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah, melakukan suatu kesalahan. (2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan— (a) bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan (b) bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda amaun cukai jualan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (3) Bagi maksud subseksyen (2), jika amaun cukai jualan itu tidak boleh ditentukan, orang itu boleh didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang membantu dalam, atau menasihati berkenaan dengan, penyediaan apa-apa penyata jika penyata itu mengakibatkan suatu kenyataan yang kurang benar terhadap tanggungan cukai jualan seorang yang lain, melainkan jika orang itu memuaskan hati mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu telah diberikan dengan penelitian yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (5) Apa-apa sebutan di bawah perenggan (1)(e) berhubung dengan seseorang yang membuat, menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa fraud, tipu daya atau helah termasuk sebutan mengenai seorang yang, tanpa kuasa pegawai cukai jualan— (a) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data yang disimpan dalam, atau yang digunakan berkaitan dengan, suatu komputer; (b) memasukkan ke dalam, atau merekodkan atau menyimpan di dalam, suatu komputer melalui apa-apa cara data bagi maksud— (i) memusnahkan, merosakkan, memadamkan, mengubah atau memanipulasi data lain yang disimpan dalam komputer itu; atau (ii) mengusik, mengganggu atau menghalang penggunaan secara sah komputer itu, atau data yang disimpan dalam komputer itu; atau (c) selainnya menggunakan komputer, yang maksud atau kesannya adalah untuk mengelak cukai jualan. (6) Bagi maksud subseksyen (5), “data” termasuklah apa-apa program komputer atau bahagian daripada suatu program komputer. (7) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa pengelakan cukai jualan hendaklah disifatkan berada dalam pengetahuan tertuduh melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh tertuduh.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 806 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next