My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 27

Service Tax Act 2018 s 27

s 27 Power to assess

(1) Where any taxable person— (a) fails to apply for registration under section 13; (b) fails to furnish a return under section 26; or (c) furnishes a return which appears to the Director General to be incomplete or incorrect; the Director General may assess to the best of his judgment the amount of service tax due and payable, and the penalty payable under subsection 26(8), if any, by the taxable person and shall forthwith notify him of the assessment in writing. (2) Where an amount has been paid to any person as being a refund of service tax under this Act which ought not to have been paid to him, the Director General may assess the amount of the refund as being service tax due and payable by him and shall forthwith notify him of the assessment in writing. (3) The assessment under subsections (1) and (2) shall not be made more than six years from the date on which the service tax was due and payable or from the date on which the refund of service tax was made, as the case may be, except where in the opinion of the Director General any form of fraud or willful default has been committed by or on behalf of any person in relation to the service tax or refund, the Director General may, for the purposes of making good any loss of service tax or payment of refund of service tax attributable to the fraud or willful default, make an assessment at any time. (4) Where— (a) the Director General has made an assessment of service tax under subsection (1) in respect of paragraph (1)(a) or (b); (b) the service tax assessed under paragraph (a) has been paid but no return has been furnished for the taxable period to which the assessment relates; and (c) the taxable person fails to furnish a return for any subsequent taxable period, the Director General may, as he deems fit, assess an amount of service tax greater than that which he otherwise would have considered to be appropriate. (5) Where it appears to the Director General that the amount which ought to have been assessed in an assessment under subsection (1), (2) or (4) exceeds the amount which was so assessed, he may— (a) under the same provision as that assessment was made; and (b) within the taxable period during which that assessment could have been made, make a supplementary assessment of the amount of the excess and shall forthwith notify the taxable person in writing accordingly. (6) Where an amount of service tax and penalty, if any, has been assessed and notified to any taxable person under subsection (1), (2) or (5), it shall be deemed to be an amount of service tax due and payable, and penalty payable, by him and may be recovered accordingly and the amount of service tax and penalty, if any, shall be paid by the taxable person, whether or not that taxable person appeals against the assessment, to the Director General unless or except to the extent that the assessment has been withdrawn or reduced by the Director General. (7) The Director General may make any alteration in or addition to the assessment made under this section as he deems fit to ensure the correctness of the assessment and shall forthwith notify the person in writing.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk menaksir

(1) Jika mana-mana orang kena cukai— (a) tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 13; (b) tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 26; atau (c) mengemukakan suatu penyata yang didapati oleh Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul; Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar di bawah subseksyen 26(8), jika ada, oleh orang kena cukai itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis. (2) Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai perkhidmatan di bawah Akta ini yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua Pengarah boleh menaksir amaun pembayaran balik itu sebagai cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu tentang taksiran itu secara bertulis. (3) Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh cukai perkhidmatan itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik cukai perkhidmatan itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berhubung dengan cukai perkhidmatan atau pembayaran bayaran balik itu, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai perkhidmatan atau pembayaran balik cukai perkhidmatan yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat suatu taksiran pada bila-bila masa. (4) Jika— (a) Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran cukai perkhidmatan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perenggan (1)(a) atau (b); (b) cukai perkhidmatan yang ditaksir di bawah perenggan (a) telah dibayar tetapi tiada penyata dikemukakan bagi tempoh bercukai yang berhubungan dengan taksiran itu; dan (c) orang kena cukai tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya, Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menaksir suatu amaun cukai perkhidmatan yang lebih tinggi daripada amaun yang selainnya patut dipertimbangkannya sebagai wajar. (5) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksir dalam suatu taksiran di bawah subseksyen (1), (2) atau (4) melebihi amaun yang ditaksir sedemikian, dia boleh— (a) di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat; dan (b) dalam tempoh bercukai yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang kena cukai itu secara bertulis dengan sewajarnya. (6) Jika amaun cukai perkhidmatan dan penalti, jika ada, telah ditaksir dan diberitahu kepada mana-mana orang kena cukai di bawah subseksyen (1), (2) atau (5), ia hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang kena dibayar, oleh orang kena cukai itu dan boleh didapatkan balik dengan sewajarnya dan amaun cukai perkhidmatan dan penalti itu, jika ada, hendaklah dibayar oleh orang kena cukai itu, sama ada atau tidak orang kena cukai itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan oleh Ketua Pengarah. (7) Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau penambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkan patut olehnya untuk memastikan taksiran itu betul dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next