My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 26

Service Tax Act 2018 s 26

s 26 Furnishing of returns and payment of service tax due and payable

(1) Every taxable person shall, in respect of his taxable period, account for the service tax due in a return as may be prescribed and the return shall be furnished to the Director General in the prescribed manner not later than the last day of the month following the end of his taxable period to which the return relates. (2) W h e r e a t a x a b l e p e r i o d h a s b e e n v a r i e d u n d e r paragraph 25(3)(c) and notwithstanding subsection (1), the return shall be furnished within thirty days from the end of the varied taxable period. (3) A registered person who ceases to be liable to be registered under section 18 or ceases to carry on business of providing taxable services under section 19 shall, not later than thirty days after such cessation, or such later date as the Director General may allow, furnish a return containing particulars as the Director General may determine in respect of that part of the last taxable period during which the person was registered. (4) Any taxable person who is required to furnish a return under this section shall pay to the Director General the amount of service tax due and payable by him in respect of the taxable period to which the return relates not later than the last day on which he is required to furnish the return. (5) The return referred to in subsections (1), (2) and (3) shall be furnished whether or not there is service tax to be paid. (6) Any taxable person who— (a) contravenes subsection (1), (2) or (3); or (b) furnishes an incorrect return, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (7) Any taxable person who fails to pay to the Director General the amount of service tax due and payable under subsection (4) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (8) Where any service tax due and payable is not paid wholly or partly by any taxable person after the last day on which it is due and payable under subsection (4) and no prosecution is instituted, the taxable person shall pay— (a) for the first thirty-day period that the service tax is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (4), a penalty of ten percent of the amount of service tax which remains unpaid; (b) for the second thirty-day period that the service tax is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (4), an additional penalty of fifteen per cent of the amount of service tax which remains unpaid; and (c) for the third thirty-day period that the service tax is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (4), an additional penalty of fifteen per cent of the amount of service tax which remains unpaid. (9) Subject to subsection (11), prosecution for the offence under subsection (7) may be instituted after the expiry of the period specified in paragraph (8)(c). (10) The court may order that any taxable person who is convicted for the offence under subsection (7) to pay the penalty as specified in subsection (8). (11) No prosecution for the offence under subsection (7) shall be instituted against any taxable person who has paid the amount of service tax due and payable, and the penalty specified under subsection (8) within the period specified in subsection (8).

Malay text (authoritative)

Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar

(1) Tiap-tiap orang kena cukai hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa dalam suatu penyata sebagaimana yang ditetapkan dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai orang kena cukai itu yang berhubungan dengan penyata itu. (2) Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan 25(3)(c) dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu. (3) Seseorang orang berdaftar yang terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 18 atau yang berhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 19 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu, atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan. (4) Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu. (5) Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak. (6) Mana-mana orang kena cukai yang— (a) melanggar subseksyen (1), (2) atau (3); atau (b) mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (7) Mana-mana orang kena cukai yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (8) Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang kena cukai selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang kena cukai itu hendaklah membayar— (a) untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; (b) untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan (c) untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar. (9) Tertakluk kepada subseksyen (11), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (7) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (8)(c). (10) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang kena cukai yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (7) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (8). (11) Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (7) boleh dimulakan terhadap mana-mana orang kena cukai yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (8) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (8).

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next