My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 57

Service Tax Act 2018 s 57

s 57 Persons bound to give information

(1) Every person having information about any matter into which it is the duty of the proper officer of service tax to inquire shall, upon being required by the officer to do so, give such information. (2) Every person required by the proper officer of service tax to produce any goods, documents, articles or things which are within the power of such person to produce, and which are— (a) goods, documents, articles or things used in any transaction or other matter relating to service tax; or (b) goods, documents, articles or things into which it is the duty of the proper officer of service tax to inquire under this Act, shall produce such goods, documents, articles or things. (3) Where any information, goods, documents, articles or things are not in the national language or English language, any proper officer of service tax may by notice in writing require the person or any other person to produce within a reasonable period a translation of the information, goods, documents, articles or things in the national language or English language as the proper officer of service tax may determine. (4) Any person— (a) who contravenes subsection (1) or (2); or (b) who fails to produce a translation as required under subsection (3), commits an offence.

Malay text (authoritative)

Orang terikat untuk memberikan maklumat

(1) Tiap-tiap orang yang mempunyai maklumat mengenai apa-apa perkara yang menjadi kewajipan pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk menyiasat hendaklah, apabila dikehendaki oleh pegawai itu untuk berbuat demikian, memberikan maklumat itu. (2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang dalam kuasa orang itu untuk mengemukakannya, dan yang merupakan— (a) barang, dokumen, artikel atau benda yang digunakan dalam mana-mana transaksi atau perkara lain yang berhubungan dengan cukai perkhidmatan; atau (b) barang, dokumen, artikel atau benda yang menjadi kewajipan pegawai cukai perkhidmatan yang hak untuk menyiasat di bawah Akta ini, hendaklah mengemukakan barang, dokumen, artikel atau benda itu. (3) Jika apa-apa maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda bukan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang itu atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan dalam tempoh yang munasabah suatu terjemahan bagi maklumat, barang, dokumen, artikel atau benda itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu. (4) Mana-mana orang— (a) yang melanggar subseksyen (1) atau (2); atau (b) yang tidak mengemukakan suatu terjemahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next