My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 58

Service Tax Act 2018 s 58

s 58 Access to places or premises

(1) For the purposes of this Act, any senior officer of service tax shall at all times have access to any place or premises where a person providing services carries on his business. (2) Where any senior officer of service tax exercises his powers under subsection (1), the person who carries on his business or any other person present at the place or premises at that time of entry shall provide to the officer all reasonable facilities and assistance for the exercise of his duties under this section. (3) Where any senior officer of service tax enters upon any place or premises in accordance with this section, he may— (a) require the person providing services who carries on his business at such place or premises or any other person present at such place or premises, as the case may be, to produce any goods, documents, articles or things, which such person is required to keep under the provisions of this Act, or which relates to any taxable service; (b) examine any goods, documents, articles or things and take copies of any documents; (c) seize and detain any goods, documents, articles or things which, in his opinion, may afford evidence of the commission of any offence under this Act; (d) require the person providing services who carries on his business at such place or premises or any other person present at such place or premises, or any person employed by such person to answer questions relating to any goods, documents, articles or things, or any entry in any documents, or any taxable service; (e) require any container, envelope or other receptacle in such place or premises to be opened; or (f) at the risk and expense of the person providing services who carries on his business at such place or premises or any other person present at such place or premises, open and examine any package, or any goods or materials, in such place or premises. (4) Where the senior officer of service tax acting under this section is unable to obtain access to any place or premises where a person providing services carries on his business, or to any receptacle contained in the place or premises, he may, at any time, enter such place or premises, and open such receptacle in such manner, if necessary by force, as he may think necessary. (5) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence.

Malay text (authoritative)

Akses kepada tempat atau premis

(1) Bagi maksud Akta ini, mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan hendaklah pada setiap masa mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau premis di mana orang yang memberikan perkhidmatan menjalankan perniagaannya. (2) Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang menjalankan perniagaannya atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis pada masa ia dimasuki hendaklah memberikan kepada pegawai itu segala kemudahan dan bantuan yang munasabah untuk menjalankan kewajipannya di bawah seksyen ini. (3) Jika mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh— (a) menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, yang orang itu dikehendaki untuk menyimpannya di bawah peruntukan Akta ini, atau yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan bercukai; (b) memeriksa apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda dan mengambil salinan apa-apa dokumen; (c) menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang, pada pendapatnya, boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; (d) menghendaki orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau di premis itu, atau mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang itu untuk menjawab soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda, atau apa-apa catatan dalam mana-mana dokumen, atau mana-mana perkhidmatan bercukai; (e) menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas muatan lain di tempat atau premis itu dibuka; atau (f) atas risiko dan perbelanjaan orang yang memberi perkhidmatan yang menjalankan perniagaannya di tempat atau di premis itu atau mana-mana orang yang berada di tempat atau di premis itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan, di tempat atau di premis itu. (4) Jika pegawai kanan cukai perkhidmatan yang bertindak di bawah seksyen ini tidak mendapat akses kepada mana-mana tempat atau premis di mana seseorang yang memberi perkhidmatan menjalankan perniagaannya, atau kepada mana-mana bekas muatan yang terdapat di dalam tempat atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau premis itu, dan membuka bekas muatan itu mengikut apa-apa cara, jika perlu dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next