My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 62

Service Tax Act 2018 s 62

s 62 Seizure of goods, etc.

(1) Any proper officer of service tax may seize in any place any of the following: (a) all goods, documents, articles or things in respect of which the proper officer of service tax has reasonable cause to suspect that there has been committed any offence under this Act, any violation of any of the provisions of this Act, or any breach of any condition subject to which a registration has been approved under sections 13 and 14; and (b) any other goods, documents, articles or things which may reasonably be believed to have a bearing on the offence, violation or breach referred to in paragraph (a). (2) Whenever any goods, documents, articles or things are seized under this Act, the proper officer of service tax shall forthwith give notice in writing of such seizure and the grounds of the seizure to the owner of the goods, documents, articles or things, if known, either by delivering such notice to him personally or by post at his place of abode. (3) The provisions of this section relating to the seizure of any goods, documents, articles or things shall apply to all contents of any receptacles or packages in which the goods, documents, articles or things are found, and to any articles used to conceal the goods, documents, articles or things. (4) Where a senior officer of service tax is satisfied that the goods, documents, articles or things seized are not required for the purposes of investigation, prosecution or any proceedings under this Act, he may release the goods, documents, articles or things to— (a) the owner of the goods, documents, articles or things; or (b) the person from whose possession, custody or control, the goods, documents, articles or things were seized.

Malay text (authoritative)

Penyitaan barang, dsb.

(1) Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menyita di mana-mana tempat mana-mana yang berikut: (a) semua barang, dokumen, artikel atau benda yang berkenaan dengannya pegawai cukai perkhidmatan yang hak itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini, atau apa-apa kemungkiran mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya suatu pendaftaran telah diluluskan di bawah seksyen 13 dan 14; dan (b) apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kesan terhadap kesalahan, pelanggaran atau kemungkiran yang disebut dalam perenggan (a). (2) Bilamana apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda disita di bawah Akta ini, pegawai cukai perkhidmatan yang hak hendaklah dengan serta-merta memberikan notis secara bertulis tentang penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya barang, dokumen, artikel atau benda itu, jika diketahui, sama ada dengan menyampaikan notis itu kepadanya secara ke diri atau melalui pos ke tempat kediamannya. (3) Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bekas muatan atau bungkusan yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai, dan apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan barang, dokumen, artikel atau benda itu. (4) Jika seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan berpuas hati bahawa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita itu tidak dikehendaki bagi maksud siasatan, pendakwaan atau manamana prosiding di bawah Akta ini, dia boleh memulangkan semula barang, dokumen, artikel atau benda itu kepada— (a) pemunya barang, dokumen, artikel atau benda itu; atau (b) orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya, barang, dokumen, artikel atau benda itu disita.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next