My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 63

Service Tax Act 2018 s 63

s 63 Power of arrest

(1) Any proper officer of service tax may arrest without warrant— (a) any person found committing or attempting to commit, or employing or aiding any person to commit, or abetting the commission of, an offence under this Act; (b) any person whom he may reasonably suspect to have in his possession any goods, documents, articles or things liable to seizure under this Act; or (c) any person whom he may reasonably suspect to have committed an offence under this Act. (2) The proper officer of service tax may search or cause to be searched any person arrested under subsection (1) provided that— (a) any person who requests that his person be searched in the presence of a senior officer of service tax shall not be searched except in the presence of and under the supervision of such senior officer of service tax, but such person may be detained until the arrival of such senior officer of service tax, or taken to any office or police station where such senior officer of service tax may be found; (b) the goods and baggage of the person who requests to be present when the goods and baggage are searched and so presents himself within a reasonable time shall not be searched except in his presence; and (c) no person shall be searched except by another person of the same gender, and such search shall be conducted with strict regard to decency. (3) Any proper officer of service tax making an arrest under subsection (1) shall, without unnecessary delay, bring the person arrested to the nearest police station, and thereafter the person shall be dealt with in accordance with the law relating to criminal procedure for the time being in force. (4) If any person liable to be arrested under this Act is not arrested at the time of committing the offence for which he is so liable, or after arrest makes his escape, he may at any time thereafter be arrested and dealt with as if he had been arrested at the time of committing such offence. (5) Any proper officer of service tax may cause to be taken photographs, finger and thumb impressions and any other form of identification that may be required under any other written law of any person charged with an offence against this Act. (6) Every person so arrested may be released from custody— (a) on his depositing such reasonable sum of money as the proper officer of service tax may require; (b) on his executing a bond, with such surety or sureties, as the proper officer of service tax may require; or (c) on his depositing such reasonable sum of money as the proper officer may require and his executing a bond, with such surety or sureties, as the proper officer of service tax may require. (7) Any person who has been released from custody under subsection (6) may be arrested without warrant by any proper officer of service tax— (a) if such officer has reasonable grounds for believing that any conditions subject to which such person was released or otherwise admitted to bail has been or is likely to be breached; or (b) on being notified in writing by the surety of such person that such person is likely to breach any conditions subject to which such person was released and that the surety wishes to be relieved of his obligation as surety.

Malay text (authoritative)

Kuasa menangkap

(1) Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menangkap tanpa waran— (a) mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan, atau mengambil kerja atau menolong mana-mana orang untuk melakukan, atau bersubahat dalam pelakuan, suatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah ada dalam milikannya apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh disita di bawah Akta ini; atau (c) mana-mana orang yang disyakinya dengan munasabah telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini. (2) Pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa— (a) mana-mana orang yang meminta supaya dirinya diperiksa dengan kehadiran seorang pegawai kanan cukai perkhidmatan tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadiran dan di bawah penyeliaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, tetapi orang itu boleh ditahan sehingga ketibaan pegawai kanan cukai perkhidmatan itu, atau dibawa ke mana-mana pejabat atau balai polis di mana pegawai kanan cukai perkhidmatan itu boleh ditemui; (b) barang dan bagasi orang yang meminta dirinya hadir semasa barang dan bagasi itu diperiksa dan dia menghadirkan dirinya dalam masa yang munasabah tidak boleh diperiksa kecuali dengan kehadirannya; dan (c) tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan. (3) Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa. (4) Jika mana-mana orang yang boleh ditangkap di bawah Akta ini tidak ditangkap pada masa pelakuan kesalahan yang baginya dia boleh ditangkap sedemikian, atau selepas ditangkap dia melepaskan dirinya, dia boleh pada bila-bila masa selepas itu ditangkap dan diperlakukan seolah-olah dia telah ditangkap pada masa dia melakukan kesalahan itu. (5) Mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh menyebabkan supaya diambil gambar, kesan jari dan ibu jari dan apa-apa bentuk pengenalan lain yang mungkin dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan terhadap Akta ini. (6) Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian boleh dilepaskan daripada jagaan— (a) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak; (b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan manamana penjamin atau penjamin-penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak; atau (c) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan mana-mana penjamin atau penjaminpenjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai cukai perkhidmatan yang hak. (7) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (6) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang hak— (a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya orang itu dilepaskan atau selainnya dibenarkan untuk dijamin telah atau berkemungkinan akan dimungkiri; atau (b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu berkemungkinan akan memungkiri mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya orang itu dilepaskan dan bahawa penjamin itu berhasrat untuk dilepaskan daripada obligasinya sebagai penjamin.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next