My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 82

Service Tax Act 2018 s 82

s 82 Liquidator of company to give notice of winding-up, and set aside service tax

(1) Where a resolution is passed and becomes effective, or an order is made, for the winding-up of a company which is a registered person, the liquidator of the company shall— (a) give notice of the winding up of the company to the Director General within fourteen days after the resolution is effective or order is made; (b) before disposing of any of the assets of the company, set aside such sum out of the assets as appears to the Director General to be sufficient to provide for any service tax that is or will thereafter become due and payable in respect of the company; and (c) pay the service tax referred to in paragraph (b). (2) A liquidator of any company referred to in subsection (1) who fails to give notice to the Director General within the time specified in paragraph (1)(a) or fails to provide for payment of the service tax as required under paragraph (1)(c) shall be personally liable for any service tax that is or will become due and payable as aforesaid. (3) Any liquidator who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit. (4) Where two or more persons are appointed as liquidators or are required by law to carry out the winding-up of the company referred to in subsection (1), the obligations and liabilities attaching to a liquidator under this section shall attach to all such persons jointly and severally, subject to a right of contribution between themselves as in cases of contract.

Malay text (authoritative)

Pelikuidasi syarikat hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan cukai perkhidmatan

(1) Jika suatu ketetapan diluluskan dan berkuat kuasa, atau suatu perintah dibuat, bagi penggulungan sesuatu syarikat yang merupakan orang berdaftar, pelikuidasi syarikat itu hendaklah— (a) memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat; (b) sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan (c) membayar cukai perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (b). (2) Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu. (3) Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (4) Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), kewajipan dan tanggungan yang dikenakan kepada seorang pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next