My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 83

Service Tax Act 2018 s 83

s 83 Appointment of receiver to be notified to Director General

(1) Where a receiver of the property of a registered person is appointed, the receiver shall give notice of such appointment to the Director General within fourteen days thereafter, and shall before disposing of any of the assets of the registered person set aside such sum out of the assets as appears to the Director General to be sufficient to provide for any service tax that is or will thereafter become due and payable in respect of the taxable services provided by the registered person before the appointment of the receiver, and shall pay such service tax. (2) Any receiver appointed under subsection (1) who fails to give notice to the Director General within the time specified in subsection (1) or fails to provide for the payment of the taxable service tax as required under that subsection shall be personally liable for any service tax that is or will become due and payable as aforesaid. (3) Any receiver who fails to comply with subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit. (4) Where two or more persons are appointed receivers, the obligations and liabilities attaching to a receiver under this section shall attach to all such persons jointly and severally, subject to a right of contribution between themselves as in cases of contract.

Malay text (authoritative)

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah

(1) Jika seorang penerima bagi harta seseorang orang berdaftar dilantik, penerima itu hendaklah memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas itu, dan hendaklah sebelum melupuskan apa-apa aset orang berdaftar mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu sebelum pelantikan penerima itu, dan hendaklah membayar cukai perkhidmatan itu. (2) Mana-mana penerima yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran cukai perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu. (3) Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. (4) Jika dua orang atau lebih dilantik sebagai penerima, kewajipan dan tanggungan yang dikenakan ke atas seorang penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan ke atas semua orang itu, secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next