Subang Golf Course Corporation Act 1968 (Revised - 2018) s 8
s 8 Meetings
(1) The quorum at any meeting of the Corporation shall be six members present.
(2) The Chairman or in his absence, the Deputy Chairman or in the absence of both of them, such member as the members present may elect shall preside at the meeting of the Corporation.
(3) All questions arising at a meeting of the Corporation shall be decided by a majority of the members present and voting at that meeting and, in the case of an equality of votes, the person presiding at the meeting shall have a casting vote.
(4) A member present at a meeting of the Corporation shall, if he is in any way, directly or indirectly, pecuniarily interested in any contract, proposed contract or any other matter discussed at such meeting, declare the nature of his interest to the Corporation and shall not thereafter be present during the consideration or discussions of the matter and shall not vote on any question relating to the matter.
Malay text (authoritative)
Mesyuarat
(1) Kuorum bagi mana-mana mesyuarat Perbadanan ialah enam orang anggota yang hadir.
(2) Pengerusi atau semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi atau semasa ketiadaan kedua-dua mereka, mana-mana anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat Perbadanan.
(3) Semua persoalan yang berbangkit dalam sesuatu mesyuarat Perbadanan hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat itu dan, dalam hal terdapat bilangan undi yang sama banyak, orang yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4) Seseorang anggota yang hadir dalam mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika dia dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan kewangan dalam mana-mana kontrak, kontrak yang dicadangkan atau apa-apa perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, mengisytiharkan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan dan selepas itu dia tidak boleh hadir semasa perkara itu dipertimbangkan atau dibincangkan dan tidak boleh mengundi tentang apa-apa persoalan yang berhubungan dengan perkara itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part II β
Find Act 810 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).