s 61 Appointment of receiver to be notified to the Director General
(1) Where a receiver of the property of a registered person is appointed, the receiver shall give notice of his appointment to the Director General within fourteen days after the appointment being made, and shall before disposing of any of the assets of
that registered person set aside such sum out of the assets as appears to the Director General to be sufficient to provide for any departure levy that is or will thereafter become due and payable by that registered person before the appointment of the receiver, and shall pay such departure levy.
(2) Any person appointed as receiver who fails to give notice to the Director General within the time specified in subsection (1) or fails to provide for payment of the departure levy as required by that subsection shall be personally liable for any departure levy that is or will become due and payable as aforesaid.
(3) Any receiver who fails to comply with subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(4) Where two or more persons are appointed as receivers, the obligations and liabilities attaching to a receiver under this section shall attach to all such persons jointly and severally, subject to a right of contribution between themselves as in cases of contract.
Malay text (authoritative)
Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah
(1) Jika seseorang penerima dilantik bagi harta seseorang orang berdaftar, penerima itu hendaklah memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset orang berdaftar itu mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang berdaftar itu sebelum pelantikan penerima, dan hendaklah membayar levi pelepasan itu.
(2) Mana-mana orang yang dilantik sebagai penerima yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.
(3) Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4) Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai penerima, obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).