My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 60

s 60 Liquidator of registered person to give notice of winding up, and set aside departure levy

(1) Where a resolution is passed and becomes effective, or an order is made for the winding up of company which is a registered person, the liquidator of the company shallβ€” (a) give notice of the winding up of the company to the Director General within fourteen days after the resolution is effective or order is made; (b) before disposing of any of the assets of the company, set aside such sum out of the assets as appears to the Director General to be sufficient to provide for any departure levy that is or will thereafter become due and payable in respect of the company; and (c) pay the departure levy referred to in paragraph (b). (2) A liquidator of any company referred to in subsection (1) who fails to give notice to the Director General within the time specified in paragraph (1)(a) or fails to provide for payment of the departure levy as required under paragraph (1)(c) shall be personally liable for any departure levy that is or will become due and payable as aforesaid. (3) Any liquidator who fails to comply with subsection (1) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (4) Where two or more persons are appointed as liquidators or are required by law to carry out the winding up of the company referred to in subsection (1), the obligations and liabilities attaching to a liquidator under this section shall attach to all such persons jointly and severally, subject to a right of contribution between themselves as in cases of contract.

Malay text (authoritative)

Pelikuidasi orang berdaftar hendaklah memberikan notis penggulungan, dan mengetepikan levi pelepasan

(1) Jika suatu ketetapan diluluskan dan berkuat kuasa, atau suatu perintah dibuat bagi penggulungan suatu syarikat yang merupakan orang berdaftar, pelikuidasi syarikat itu hendaklahβ€” (a) memberikan notis mengenai penggulungan syarikat itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas ketetapan itu berkuat kuasa atau perintah itu dibuat; (b) sebelum melupuskan apa-apa aset syarikat itu, mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset itu sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan syarikat itu; dan (c) membayar levi pelepasan yang disebut dalam perenggan (b). (2) Pelikuidasi mana-mana syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam perenggan (1)(a) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu. (3) Mana-mana pelikuidasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (4) Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai pelikuidasi atau dikehendaki oleh undang-undang untuk menjalankan penggulungan syarikat yang disebut dalam subseksyen (1), obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada pelikuidasi di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk kepada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part X β†’

Find Act 813 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next