My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 7

s 7 Confidentiality of information

(1) Every person, having any official duty or being appointed or employed under this Act, shall regard and deal with all documents, information, returns or declarations relating to the business or value of the provision of services by any registered person as confidential. (2) Subject to subsection 8(1), every person having possession or control over any document, information, return or declaration or copies of such document, information, return or declaration, in relation to the business or the value of the departure levy by any person, who at any time, otherwise than for the purposes of this Act or with the express authority of the Director Generalβ€” (a) communicates or attempts to communicate the information or anything contained in the document, return or declaration or copies of such document, return or declaration to any person; or (b) suffers or permits any person to have access to any information or to anything contained in the document, return or declaration or copies of such document, return or declaration, commits an offence. (3) No person having any official duty or being appointed or employed under this Act or who is referred to in subsection 8(1) shall be required to produce in any matters or proceedings in any court or tribunal any document, information, return or declaration or to divulge or communicate in the matters or proceedings of any matter or thing, coming under his notice in the performance of his duties under this Act, except as may be necessary for the purposes of carrying into effect the provisions of this Act or in order to institute a prosecution or in the course of a prosecution for any offence committed under this Act.

Malay text (authoritative)

Kerahsiaan maklumat

(1) Tiap-tiap orang, yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini, hendaklah menganggap dan menguruskan semua dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang berhubungan dengan perniagaan atau nilai pembekalan perkhidmatan oleh mana-mana orang berdaftar sebagai rahsia. (2) Tertakluk kepada subseksyen 8(1), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinan dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan itu, berhubung dengan perniagaan atau nilai levi pelepasan oleh mana-mana orang, yang pada bila-bila masa, selain bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarahβ€” (a) menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu kepada mana-mana orang; atau (b) membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau kepada apa-apa jua yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinan dokumen, penyata atau perisytiharan itu, melakukan suatu kesalahan. (3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen 8(1) boleh dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 813 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next