(1) For the purposes of subsection 105(1), in all proceedings before the Registrar, evidence shall be given by statutory declaration in the absence of directions to the contrary but in any case in which he thinks fit, the Registrar may take evidence viva voce in lieu of or in addition to evidence by declaration.
(2) Any such statutory declaration may, in the case of an appeal, be used before the Court in lieu of evidence by affidavit, but if so used, shall have all the incidents and consequences of evidence by affidavit.
(3) In any action or proceedings relating to a trademark, the Registrar or the Court, as the case may be, shall admit evidence of the usages of the trade concerned or evidence of business usages in the provision of the services in question and evidence of any relevant trademarks or trade name or business name or get-up legitimately used by other persons.
Malay text (authoritative)
Cara memberikan keterangan
(1) Bagi maksud subseksyen 105(1), dalam semua prosiding di hadapan Pendaftar, keterangan hendaklah diberikan dengan cara akuan berkanun dalam ketiadaan arahan yang sebaliknya tetapi dalam apa-apa hal yang difikirkannya patut, Pendaftar boleh mengambil keterangan viva voce sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada keterangan dengan cara akuan.
(2) Mana-mana akuan berkanun itu boleh, dalam hal suatu rayuan, digunakan di hadapan Mahkamah sebagai ganti keterangan dengan cara afidavit, tetapi jika digunakan sedemikian, hendaklah mempunyai segala beban dan akibat keterangan dengan cara afidavit.
(3) Dalam apa-apa tindakan atau prosiding yang berhubungan dengan suatu cap dagangan, Pendaftar atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima keterangan tentang kelaziman perdagangan yang berkenaan atau keterangan tentang kelaziman perniagaan dalam penyediaan perkhidmatan yang dipersoal dan keterangan tentang mana-mana cap dagangan atau nama dagangan atau nama perniagaan atau cara gayanya yang berkenaan yang digunakan dengan sah oleh orang lain.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).