My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 70

Trademarks Act 2019 s 70

s 70 Rights of licensees in case of infringement

(1) This section has effect with respect to the rights of a licensee in relation to infringement of a registered trademark except for an exclusive licensee under subsections 71(1) and (2), the licensee has the right to bring infringement proceeding in his own name. (2) A licensee shall be entitled, unless his licence or any license through which his interest is derived, provides otherwise, to call on the registered proprietor of the trademark to take infringement proceedings in respect of any matter which affects his interests. (3) For the purposes of subsection (2), if the registered proprietor refuses or does not take infringement proceedings within two months after being called upon, the licensee may bring the proceedings in his own name as if he were the registered proprietor. (4) Where infringement proceedings are brought by a licensee by virtue of this section, the licensee may not, without leave of the Court, proceed with the action unless the registered proprietor is either joined as a plaintiff or added as a defendant. (5) Subsection (4) does not affect the granting of interlocutory relief on an application by a licensee alone. (6) A registered proprietor who is added as a defendant under subsection (4) shall not be liable for any costs in the action unless he takes part in the proceedings. (7) In infringement proceedings brought by the registered proprietor, any loss suffered or likely to be suffered by a licensee shall be taken into account and the Court may give such directions as it thinks fit as to the extent to which the plaintiff is to hold the proceeds of any pecuniary remedy on behalf of a licensee. (8) The provisions of this section apply in relation to an exclusive licensee if or to the extent that he has, under subsections 71(1) and (2), the rights and remedies of an assignee as if he were the registered proprietor of the trademark.

Malay text (authoritative)

Hak pemegang lesen dalam hal pelanggaran

(1) Seksyen ini berkuat kuasa berkenaan dengan hak pemegang lesen berhubung dengan pelanggaran cap dagangan berdaftar kecuali bagi seseorang pemegang lesen eksklusif di bawah subseksyen 71(1) dan (2), pemegang lesen berhak untuk membawa prosiding pelanggaran atas namanya sendiri. (2) Seseorang pemegang lesen adalah berhak, melainkan jika lesennya atau mana-mana lesen yang dalamnya kepentingannya diperoleh, memperuntukkan selainnya, untuk meminta tuan punya berdaftar cap dagangan itu untuk mengambil prosiding pelanggaran berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh kepentingannya. (3) Bagi maksud subseksyen (2), jika tuan punya berdaftar enggan atau tidak membawa prosiding pelanggaran dalam masa dua bulan selepas diminta, pemegang lesen boleh membawa prosiding itu atas namanya sendiri seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar. (4) Jika prosiding pelanggaran dibawa oleh seseorang pemegang lesen menurut seksyen ini, pemegang lesen itu tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, meneruskan tindakan itu melainkan jika tuan punya berdaftar itu dimasukkan sama ada sebagai plaintif atau ditambah sebagai defendan. (5) Subseksyen (4) tidak menyentuh pemberian relief interlokutori ke atas suatu permohonan oleh pemegang lesen secara berseorangan. (6) Seorang tuan punya berdaftar yang ditambah sebagai defendan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dipertanggungkan dengan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika dia mengambil bahagian dalam prosiding itu. (7) Dalam prosiding pelanggaran yang dibawa oleh tuan punya berdaftar, apa-apa kerugian yang dialami atau berkemungkinan dialami oleh seseorang pemegang lesen hendaklah diambil kira dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah setakat yang plaintif memegang hasil apa-apa remedi kewangan bagi pihak seorang pemegang lesen. (8) Peruntukan seksyen ini terpakai berhubung dengan pemegang lesen eksklusif jika atau setakat yang dia ada, di bawah subseksyen 71(1) dan (2), hak dan remedi pemegang serah hak seolah-olah dia ialah tuan punya berdaftar cap dagangan itu.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next