(1) This Act shall be read together with any other written laws relating to space related activities, including written laws relating to civil aviation, communications and multimedia, and strategic trade and the provisions of this Act shall be in addition to, and not in derogation of, the provisions of such other written laws.
(2) Where such other written laws referred to in subsection (1) contain any provision relating to space related activities regulated under this Act, the provisions of this Act shall prevail and the provisions of such other written laws shall be deemed to be superseded.
Malay text (authoritative)
Akta hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang lain
(1) Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan apa-apa undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan aktiviti berkaitan angkasa, termasuk undang-undang bertulis yang berhubungan dengan penerbangan awam, komunikasi dan multimedia, dan perdagangan strategik dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
(2) Jika undang-undang bertulis lain yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan aktiviti berkaitan angkasa yang dikawal selia di bawah Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan undang-undang bertulis lain itu hendaklah disifatkan digantikan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).