(1) A licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall issue guidelines to users which shall include—
(a) a description of measures implemented by the licensed applications service provider and licensed content applications service provider under section 13; and
(b) terms of use as a guide to users when using the service of the licensed applications service provider and licensed content applications service provider.
(2) The licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall make available on their services the guidelines issued under subsection (1) and ensure that the guidelines are clear, easily accessible and understood, and regularly updated.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk mengeluarkan garis panduan kepada pengguna
(1) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah mengeluarkan garis panduan kepada pengguna yang hendaklah termasuk—
(a) perihalan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu di bawah seksyen 13; dan
(b) syarat-syarat penggunaan sebagai panduan kepada pengguna apabila menggunakan perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.
(2) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan garis panduan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tersedia dalam perkhidmatannya dan memastikan bahawa garis panduan itu adalah jelas, boleh diakses dan difahami dengan mudah, dan selalu dikemas kini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).