(1) A licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall make available on their services sufficient tools and settings to enable users to manage their online safety.
(2) The tools and settings referred to in subsection (1) shall include the tools for the users to prevent or limit other users from identifying, locating or communicating with them on the services of the licensed applications service provider and licensed content applications service provider.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam talian
(1) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan perkakasan dan pengesetan yang mencukupi tersedia dalam perkhidmatannya untuk membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam taliannya.
(2) Perkakasan dan pengesetan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk perkakasan bagi pengguna itu menghalang atau mengehadkan pengguna lain daripada mengenal pasti, mencari atau berkomunikasi dengannya dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).