Online Safety Act 2025 s 20
s 20 Duty to prepare Online Safety Plan
(1) A licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall prepare an Online Safety Plan on their compliance of the duties under this Part.
(2) The Online Safety Plan referred to in subsection (1) shall be prepared within the period and in such form and contain the information, as may be prescribed.
(3) A licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall make available on their services the Online Safety Plan prepared under subsection (1) and ensure that the Online Safety Plan is easily accessible and regularly updated.
(4) The Online Safety Plan prepared and made available under this section shall not contain any personal information of any user.
(5) A copy of the Online Safety Plan prepared under subsection (1) shall be submitted to the Commission.
Malay text (authoritative)
Kewajipan untuk menyediakan Pelan Keselamatan dalam Talian
(1) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menyediakan suatu Pelan Keselamatan dalam Talian mengenai pematuhannya terhadap kewajipan di bawah Bahagian ini.
(2) Pelan Keselamatan dalam Talian yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dalam tempoh dan bentuk dan mengandungi maklumat, sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menjadikan Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan di bawah subseksyen (1) tersedia dalam perkhidmatannya dan memastikan bahawa Pelan Keselamatan dalam Talian itu boleh diakses dengan mudah dan selalu dikemas kini.
(4) Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan dan dijadikan tersedia di bawah seksyen ini tidak boleh mengandungi apa-apa maklumat peribadi mana-mana pengguna.
(5) Sesalinan Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 866 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).