My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 25

Online Safety Act 2025 s 25

s 25 Report to Commission on harmful content

(1) Where the report made by a user under subsection 24(1) is not dismissed under subsection 24(3) or (6) and the Commission determines on reasonable grounds that the content being the subject matter of the report is a harmful content including priority harmful content, the Commission shall— (a) where the harmful content is available on the service of a licensed applications service provider or licensed content applications service provider, issue a written instruction to the licensed applications service provider or licensed content applications service provider requiring the licensed applications service provider or licensed content applications service provider to make the content permanently inaccessible on its service to all users within the period as may be specified in the written instruction; or (b) where the harmful content is available online other than on the service of a licensed applications service provider or licensed content applications service provider, issue a written instruction to the relevant licensed network service provider requiring the licensed network service provider to restrict the relevant parts of its network service within the period as may be specified in the written instruction so as to make the content permanently inaccessible to all users. (2) Any action taken by the licensed applications service provider, licensed content applications service provider or licensed network service provider pursuant to the written instruction under subsection (1) shall be notified in writing to the Commission and the Commission shall notify the same in writing to the user who made the report regarding the content. (3) The licensed applications service provider or licensed content applications service provider to which the written instruction was issued under subsection (1) shall notify in writing the user who communicated the content on its service of the action it has taken pursuant to the written instruction. (4) Any licensed applications service provider, licensed content applications service provider or licensed network service provider which fails to comply with a written instruction issued by the Commission under subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit and shall be liable to a further fine not exceeding one hundred thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction. (5) Where the Commission determines on reasonable grounds that the content being the subject matter of the report made under subsection 24(1) is not a harmful content, the Commission shall notify in writing the user who made the report of its determination.

Malay text (authoritative)

La poran kepad a Su ruhanj aya m e nge nai kandungan memudaratkan

(1) Jika laporan yang dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen 24(1) tidak ditolak di bawah subseksyen 24(3) atau (6) dan Suruhanjaya menentukan atas alasan yang munasabah bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan itu ialah kandungan memudaratkan termasuk kandungan memudaratkan prioriti, Suruhanjaya hendaklah— (a) jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu; atau (b) jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam talian selain dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang berkaitan yang menghendaki pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu menyekat bahagian yang berkaitan perkhidmatan rangkaiannya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu supaya menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal oleh semua pengguna. (2) Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen menurut suruhan bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu secara bertulis kepada Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah memberitahu yang sama secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu. (3) Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang kepadanya suruhan bertulis dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang telah menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatannya mengenai tindakan yang telah diambil olehnya menurut suruhan bertulis itu. (4) Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang tidak mematuhi suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. (5) Jika Suruhanjaya menentukan atas alasan munasabah bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan yang dibuat di bawah subseksyen 24(1) bukanlah kandungan memudaratkan, Suruhanjaya hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penentuannya itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next