My bookmarksSign up free
← Online Safety Act 2025

Online Safety Act 2025 s 65

Online Safety Act 2025 s 65

s 65 Examination of person acquainted with case

(1) An authorized officer making an investigation under this Act may examine orally a person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) The person shall be legally bound to answer all questions relating to the case put to him by the authorized officer, but the person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) The authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by a person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumbprint, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang itu terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mungkin akan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. (4) Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.

Read this section in the full act → · Open Part VIII →

Find Act 866 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next